5 silent reader [s]

23 : Andai kau terasa....nih aku tampal untuk kau.

nota kepala : msg ini juga dilayangkan kepada mereka2 yg mengenali aku.yg xkenal, leh a kenal2 sepam!

Assalamualaikum....

Kawan-kawan seangkatan perang,
aku dgn ini menyusun 20 jari (10 jari tmasuk jari kwn sebelah) nak mintak ampun, maaf zahir dan batin kot-kot sepanjang kita kenal aku banyak buat saloh ke mung olls ( aku rasa kompem ada)

mtk halal lah belaka. mane-mana aku ada terhutang liquid paper atau ubat staple tembok tu, halal-halal lh.

sape yang curi baju bundle aku tu, semoga tayar mung bocor. lepah tu mampuh bang tanoh!
(sori ah, org mcm aku layan bundle muroh je. lebis, gess, reple, amani ekceng, guci, kelbin klen ni aku x mampu nak beli). 

aku kirim pesanan dekat blog dan mesej dekat inbox FB je.
( klu kirim kad raya, mesti ada yang nk lampu lip lap lip lap. aku xdok bajet ni! ) 
bersyukurlah.

harap-harap jgn ada yang terasa hati mahupun hempedu ke aku neh. mintak 0-0 belaka. mana yg berhutang kat aku tu, baik bayor sblm aku sumpah jadi pelita buluh.

selain tu,
aku nak jemput dtg ke rumah aku pada Hari Raya 1,2 dan 3..
raya ke-4 dan seterusnya, tak payah marilah. aku mls dh nk bakor satey.mak aku pun start masok ikn singgang dh masa tu.

tp kalau rasa nk mkn serdak kuih raya, jgn segan2. mailah beraya sampai sebulan pun. tp aku ada kat kg smpai 4 Sept je.
(kira sdrilah raya kkeberapa toh )

selain tu, dlm beraya tu,meh lah kita sama-sama gi kenduri kahwin rerakan sebaya atau duabaya kita yg akan tmtkn zaman gadis ngn teruna tak lama lagi ni. kalau tak ada bajet nk beli hadiah (aku) boleh a tong tong beli botol susu ke mende2..hak lebih bajet, leh a beli peti sejuk barang sedas dua.
oh, jangan lupa aircond sekali . malam-malam panassss..

mana yg nak tunang, selamat tunang. mana yg dh tunang, cepat2lah nikoh ( Meri dan  Korek, sila take note )

yg dh jadi mami dan dedi...selamat beranak ramai2 lagi.
murahhhhhh rezeki.

mana yg tgh kapel (aku, mung,mung,mung dan mung) selagi nyawa dkandung badan..pandai2 lah jaga diri.
Malaysia Boleh! yeay!

oh lupe, tahun ni adop BBQ. sbb bajet lari. klu nk jugak, sila inform aku awal2. senang aku nk pergi rembat ayam belanda jiran aku barang sekor dua.

oklah, hazabedah2 ngn samdollah2 semua..cekidaud!

~kenang daku dalam ang pau mu~

nota kaki : to My Hunn Bana Rihaz..ermm.ermm..duit raya mcm biasa ye! awww..ghetis giteWWW.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!


Gambar : yang bukan muhrim salam jgn sentuh-sentuh. harommm..

22 : Cara Untuk Unblock Website Facebook.hahaha *gelak jahat!

selamat pagi dan salam sejahtera ya anak-anak!
Ya...buat adik-adik dan mak cik-mak cik kantin sekalian. tanpa berleter lebih panjang, meh sini aku nak ajar SALAH SATU cara-cara unblock website Facebook di tempat kerja atau belajar kamu semua.
this time aku guna GOOGLE TRANSLATE. ( terima kasih pak cik Google )

jom layan screen shot bidikan aku nih.senang tahap makan kepci!

jangan lupa bukak dulu homepage google translate ye...

1,2,3 go...!

* tak nampak pakai kanta. eh bukan eh? pakai klik je image tu.hoo..macam tuuu...

.....
....
...
..
.


dan

.....
....
...
..
.

TADA!!


sekarang bolehlah online FB sampai lebam-lebam jari menaip komen ok...!


eh, jahat aku ni! pergi ajar yang bukan-bukan pulak..tapi kn, sharing is caring kn..kn..kn..*cover line diri sendiri.

21 : Katakanlah...!!!!

Kehadapan jiranku…
Agak lama aku tidak melihat kelibatmu
Walau sekadar menegur sapa, berbalas senyum ketika berlaga bahu tidak pula aku tahu nama sebenarmu…

Jiranku,
Anak-anakmu begitu manis dimataku
Saat bertemu, mahu sahaja aku cubit-cubit pipinya yang gebu itu.
dan ketika dirimu tak nampak, mahu sahaja aku menampar mereka laju-laju

Wahai jiranku
Raya semakin menghampiri
Dan aku tahu..kau sebenarnya terlebih teruja berbanding anak-anakmu.
Masakan tidak, sampaikan berkotak-kotak kau main mercun didepan pintu rumahku.

Oh, jiranku..
Aku tertawa melihat keletahmu.
Ya, ketawa sambil mengetap-ngetap  gigiku.
Tidak lupa juga mengepal penumbuk yang hanya sebesar cili benggala.
Cili benggala..cili benggala juga. Andai aku hadiahkan untukmu, sudikah kau menerimanya…?
Walaupun hanya sekadar sebagai kenangan mulut kau dicili-cili oleh aku..?mungkin pijarnya  hanya semantara.

Duhai jiran,
Aku sukar melelapkan mata disaat malam berlabuh hanya kerana kamu
Ya, kerana kamu!
Tegar sungguh kau bakar mercun disaat orang lain bersiap ke kamar tidur.
Tampak lebih comel bila anak-anakmu yang masih kecil juga tergedik-gedik mencampakkan mercun bawang di sekitar rumahmu!
Ikutkan hati aku ini, mahu sahaja aku tunjal-tunjal kepalamu yang seumpama Popoye The Sailorman itu.

Jiranku,
Walaupun aku tak pernah melihat rupa meriam buluh, tapi aku rasakan terlalu teringin untuk memilikinya. Pasti!
Semuanya kerana aku mahu tembak barang se das dua ke arah pintu rumahmu.
Agar kau terus dilanda trauma apabila mendengar letupan mercun selepas ini.
Jangankan mendengar, malah melihat rupa sanak-saudara mercun pun kau akan terus berdarah hidung.
mungkin akan menjadi lebih erat semngat kejiranan kita kan..? 

Jiranku yang cantik dan kacak bergaya,
Mungkin kau rasakan selama ini aku turut terhibur dengan permainan mercun kau.
Yela, kadang-kadang aku ikut terjenguk-jenguk keluar pintu  saat kau meletupkan mercun itu semua.
Tapi sedarkah kau, aku bukannya apa..
Bukannya aku tidak menyokong kegiatan-mintak-penampar kau..
Cuma aku rasa iri hati…
Kerana tak mampu beli mercun banyak-banyak macam kau..
Kalau tidak, sudah lama kita akan bersama-sama membaling mercun kearah satu sama lain secara berduet.

Buat jiranku,
Apakah jelingan amaran aku selama ini kau sangkakan kenyitan menggoda..?
Adekah…??
Katakanlah jiranku,,katakanlah kau tak mahu lagi bermain mercun selagi mulut kau mampu berkata-kata..
Jika tidak.orang lain beraya mengutip duit raya, engkau pula beraya mengutip gigi.
Katakanlah…!!!!
Jangan biarkan jiran-jiranmu yang lain meninggal dalam koma.
Sekian.

Gambar : kamu tak mahu letupan mercunmu diakhiri dgn tragedi ini bukan...?

20 : Kerana Kau Yang Lebih Memahami.

Duhai jiwa yang merasai
dugaan apakah ini
terkesan hingga ke pelusuk sanubari
resahnya hingga ke tangkai hati

Ya, Rabbul Izzati
Andai dugaan ini membuatkan hamba teguh berdiri
Janganlah nanti hamba jatuh tersungkur lagi
mengharap belas pengertian Ya Rahman Ya Rahim
agar tak tersadung rebah dek gelap duniawi
bukan pengakhiran sebegini yang hamba impi..

Hanya kepada kau Yang Maha Suci.
Tabahkan aku
kuatkan semangatku
berikanlah aku keredhaanMu
Pemudahkanlah perjalanan hidupku.

sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap yang terjadi di langit dan di bumi..
Engkau juga yang merencanakan perjalanan hambaMU ini.

Amin~

Gambar : sesungguhnya Engkau lah tempat aku bergantung dan berdoa.


19 : Tak Sabar Menunggu Hari Itu

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam..

WiDi,

Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. hari yang paling aku nanti. esokkan cuti.
maaf. pagi ni tak ada entry berbentuk jiwa jiwang bersawang bak bunga lawang.
petang-petang nanti bila datang mood sendu, tak tau lah.

Tengah hari nanti bolehlah mencuci mata melihat bakal-laki-belum-tentu-jadi berduyun-duyun pergi sembahyang Jumaat. Nasib baik masjid dekat saja dengan kawasan pejabat aku. senanglah nak buat bidikan dari mata jatuh ke hati nanti. eh, gatal kau ni. sorry, aku setia.

tak dinafikan, aku cepat jatuh sejuk hati melihat lelaki yang memakai baju melayu yang lengkap. tiada sampin pun tak mengapa. asalkan masih lagi dalam sepasang baju melayu.hensem bagi aku.comel macam butang baju melayu.

esok hari Sabtu. mungkin menemani Si Kakak ke hospital. temu janji dengan doktor untuk check-up bakal baby dan kesihatannya.( baik aku ni.) sudah menginjak usia 7 bulan kandungan Si Kakak. lagi dua bulan, jadi Mak Saudara lah aku. Oh, sudah scan si botak di dalam perut tu. perempuan kata doktor. 100% pasti. 3D scan juga telah dibuat. Teruja?ya, pasti. apatah lagi ianya cucu sulung dalam keluarga aku. bila dah ramai nanti, keadaan akan kembali menjadi seperti biasa. hahahaha! itu pun sudah pasti jugaaa.  haruslah!

Lusa pula Ahad. masih dalam mood teruja. Sang Chenta mahu aku menemaninya ke KLCC untuk membeli seluar untuk adiknya. ( eh, aku pergi teman je pun. tu pun nak excited..?) adakah aku jakun tak pernah jejak kaki ke KLCC? adakah aku sudah trauma kena marah dengan Pak Cik Guard KLCC tu sbb letak kaki atas bangku dulu? adakah aku terkenang peristiwa ponteng kerja dan pergi tengok wayang dgn sahabatku, Lulu disana sewaktu ketika dahulu? atau adakah aku sudah serik untuk melangkah dan menghabiskan kudrat yang ada semata utk window shopping mcm dulu-dulu? jawapannya...aku tidak sabar menghabiskan waktu dengan Sang Chenta setelah 2 minggu tak jumpa. eh, 2 minggu ke seminggu?baru kejap eh?ok-ok..anggaplah dah lama tak jumpa.

tulat? oh tulat dah hari Isnin. aku tak suka tuh. aku tak suka. sampai nk taip entry pun tiba-tiba rasa malas.ok, nk stop lah. sambung di hari lain.

akhirnya..aku menjadi tidak sabar untuk menunggu hari Jumaat akan datang!

dey, selamat berpuasa. aku rindu pada kau wahai Si Mata Sepet Berlesung Pipit!

*aku juga tidak sabar menunggu gaji masuk!

18 : Aku Bahagia Dengan Cara Aku

Sebagai manusia hina perasaan kekadang rapuh.
Mahu berharap, bimbang kecundang.
Mahu menumpang, bimbang dipinggir.
Mahu disayang, bimbang dikecewakan.

Menganyam harapan setinggi gunung.
Kala jatuh terhempas, memeritkan.
Hancur..punah..luluh hati yang menerima.
Kehilangan satu-satu insan yang disayang.
Pergi meninggalkan parut-parut dalam.
Tidak pernah kering darahnya.
Namun tidak pula sembuh lukanya.

Adakah dengan menyakiti itu boleh memuaskan hati?
Bahagia… tapi atas airmata orang insan lain…?
Itukah yang dicari selama ini?
Begitukah corak kebahagiaan yang kau impi selama ini?
Melepaskan genggaman yang ada hanya secubit harapan milik sang hati..
Mungkir segala janji yang hanya mahu dikasihi sampai mati.

Nah, sekarang kau rasakan.
Disaat kau cuba meraih lagi. Berdiri lagi. Berusaha untuk kembali!
Tika itu, aku telah pun pergi.
Bahagia dengan cara aku sendiri.
Bahagia tanpa kamu disisi.
Dan aku hanya mencari yang hakiki.

Gambar : kadang-kadang kesakitan itu indah!


* aku tidak perlu mengumpul kekuatan dalam menaip entry ini. hanya menurut hati tanpa sentuhan hal peribadi diri. pengalaman seorang sahabat menjadi tampalan kali ini.

17 : Tips melupakan seseorang mengikut cara aku.

Aku buat. Walaupun tak 100% berkesan, tapi berbaloi lah. At least, dah boleh lupakan slow-slow.
Khas untuk mereka-mereka yang nak sangat lupakan segala jenis manusia yang mereka jaki. Bukan setakat untuk bekas kekasih, bekas suami/ isteri, jiran, anak mak bedah jangak, officemates atau siapa-siapa sahaja, ok.

Jom, check this out!

DELETE/ REMOVE/ BLOCK/ BUANG
1 . delete inbox msg dan sent items msg dalam handphone. Termasuk kiriman orang lain jugak. Semua. Aku cakap, SEMUA.

2. delete phone number dan segala nombor yang memungkinkan kau contact dia balik. No ayah dia, no mak dia, no. jiran-jiran tetangga. Lebih bagus kalau kau sebenarnya tak hafal no dia.  Fuhhh.. nasib aku tak hafal nombor-nombor orang. (melainkan yang penting. Especially, no parents aku )

3. pergi selongkar balik semua barang-barang pemberian dia. Kumpulkan dekat satu tempat. INGAT! Jangan dibuang. TAPI! Bakarrrr…. ( kalau buang, nanti kau rasa syg ye tak. Nanti gatal nak pergi kutip balik )
4. remove dan block profile dia di laman soSIAL.  ( dekat FB aku dah block. Tp dekat FS n MS dah lama tak sign in. So, dah lupa password. Yang tu kira ‘halal’. Sbb diri sendiri pun x boleh bukak page sendiri.)

PULANGKAN
1. Yang mana barang-barang yang x boleh dilupuskan tu, tak pe. Simpan dulu. Nanti kalau-kalau ada peluang bertentang mata  (diikuti dgn lagu ‘Dari Kerana Mata” ), kau bagi lah. Kalau dia tak nak terima, letak dekat tempat yang kau sendiri takkan jumpa.

*bukan tak bersyukur dengan pemberian ikhlas seseorang. Tapi buat apa nak disimpan barang-barang yang meruntun hati sendiri. Kau focus tu. Aku taip perkataan MERUNTUN. Kau mampu..?

BRAINWASH
1. pergi ambil Clorox setengah gelas. Perah asam limau sikit. Then minum. Kasi bersih hati dan otak tu sikit.EH, JANGAN!AKU TIPU!

2. jangan dikenang semua memori-memori daun pisang tu. Kenangan-kenangan yang indah tu, kau exchanged. Kenang yang pahit-pahit je. Contohnya :
            - ingat bila dia tipu kau
- ingat bila dia curang kau.
- ingat bila dia songlap duit kau.
- Ingat bila dia nak jugak beli baju yang sama mcm kau nak beli tempoh hari.
- ingat bila dia curi anak itik sekati kau. Pastu jual dekat mat bangla ketiak masham tu (kurus pahala)
- ingat bila dia selalu mengongkong kau.
- ingat bila dia selalu mungkir janji walaupun kau pun 2x5.

* contoh yang lain-lain tu, kau pikir sendirilah.

3. kalau tak ada kenangan pahit, kau reka je. Kau imagine sendiri.ala, kononnya dia tumbuk kau ke, dia maki kau depan orang ramai ke, dia tunjuk f*** dekat dahi kau ke. Kau reka je lah. Buat ayat yang kaw-kaw. Nanti bila dah jadi sakit hati, terus TAK HINGIN nk ingat-ingat lagi.

STALKED

1. Panas-panas ( Ifa Raziah). Ayat tu memang panas. Kau pernah stalked dia..?mesti pernah kan….? Jgn lah dibuat lagi. Tak payah. Untuk apa nk stalked dia? Ada faedah ke..? kalau dengan menjadi stalker orang aku boleh kaya, hari-hari aku nak stalk orang. Termasuk Aaron Ajis.

APPROVED / IGNORE

1. Jangan approved anonymous yang kau sendiri tak tahu. Eh, nama lagi anonymous. Kalau dekat FB, kau tgk lah dulu mutual friends dia. Ade x kau kenal. Kalau ada, approved. Tapi kalau aku, x kiralah berapa ratus mutual friends pun aku dan dia ada, aku tak kan approved. Melainkan aku memang kenal si penghantar friend request tu. Sebab..?sebab aku  tak nak orang stalked aku.haha.bajet aku nih. Mampuslah. Janji x kacau orang. yang lain-lain, aku biarkan pending. mungkin mereka salah added aku kot. positiflah kononnye kannn..

SUJUD PADANYA

1. bukan sujud kat dia. Tapi Dia. Walau apa pun yang terjadi atas diri kita, Tuhan dah tetapkan. Ada sebab kenapa kita diuji. Bagi aku, kalau tak merasa sebuah kesakitan, mana mungkin aku belajar daripada sebuah pengalaman untuk sebuah kehidupan. (Eh, aku ke yang buat ayat ni. Giiillee.) mintaklah doa daripada Dia. Semoga dipermudahkan kehidupan kita. Dan yang penting, R.E.D.H.A. setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. bak kata Kak Ngah aku, KUN FAYAKUN. kalau Tuhan nak sesuatu perkara tu jadi, jadilah jugak.

Ok, dahlah tu. Tgn aku dah menggigil nak menaip. Daripada tadi asik nak termuntah. Geli melihat penulisan sendiri agaknya.

Jumpa lagi di lain entry ( walaupun aku tak tahu ada ke tak yang baca ni )

Cau!


Gambar : mungkin kita juga pernah melukakan hati orang, sebab tu orang lain pun sampai hati lukakan hati kita balik. KARMA

16 : Biarkan ia gugur.

Bismillahirahmanirahim…. ( mood restu ibu )

Hati kekadang cepat benar terasa.
Saat sukar mengawal perasaan kurniaan Maha Esa, hanya air jernih yang keluar daripada takungan kelopak mata.
Biarlah..! menangislah! Jika itu yang mampu melegakan hati.
Biar kurang rasa beban dipikul disudut ketulan daging dipelusuk rusuk kanan dan kiri.
Biar hilang rasa kesal yang menggunung.
Biar hanyut rasa dijiwa yang mendera.
Mudah mengalirkan air mata bukan bererti kalah.
Tidak! Sebelum mencuba, yang pasti usaha.
Tidak mahu segalanya menjadi sia-sia….

-apa yang kau faham-

Gambar : Ehsan google



15 : Aku, aku. Kau, kau.

Gambar : Ehsan Google

menyakiti hati orang itu mudah. menjaga hati itu yang payah. menjahamkan hidup orang dan diri sendiri pun senang. macam makan kacang rebus dekat Kg Gaung. ( sebuah kampung di daerah Kuala Berang. banyaakkk kacang tanah dan jagung depa.. )

perlu ke menanam ego setinggi Gunung Everest kalau tapak kaki tetap berpijak di bumi nyata..?perlu ke..?ya, mungkin ego itu perlu. perlu untuk orang nak buat pergi kerja ( Yamaha Ego )

Keras hati, keras kepala, mungkin ke hidup ni akan lebih baik..?aku cakap x! hmmm aku memang pandai cakap. aku sendiri pun keras kepala. ( sbb orang selalu cakap mcm tu dekat aku )

kadang-kadang kita bisukan diri. berharap agar orang akan alert tentang kata-kata yang mereka cakap. cakap biar bertapis.

ada orang yang boleh terima kata-kata mahapayau. ada juga yang langsung tak boleh terima kata-kata yang menyakitkan. contohnya, aku. eh, aku lagi. dah, kali ni kau pulak.

aku penat. kadang-kadang terasa macam mahu mengamuk. tapi pendam je. eh, baik aku ni. ( puji diri sendiri )
mulut orang bau longkang, mulut kita bau indah water. kenapa nak dituding jari kepada orang lain kalau diri sendiri jalan macam ketam.

sudahlah, aku pun x paham apa yang aku taip. huru hara. sama mcm keadaan meja aku sekarang ni. terkejar-kejar nak hantar sebut harga dekat bangunan JPK Putrajaya, meja pun macam dilanda garuda. kertas bersepah. kejar masa lah katakan..

akhir kata, kau puasa x..?aku?aku puasa... tp kenapa dinding opis aku ni jadi color kuning. kan color krim. ah, sudah..aku nk pengsan ke?kepala pun panas je ni.. ada kau kesah WiDi...?

dah boleh buka puase belum?eh, belum. baru pukul 3.42petang. ( kantoi update blog dekat office )

14 : TAR aku jajah.

Hey ho, Widi.
Sabtu lepas pergi Jalan TAR dengan si MZ. pukul 9 pagi dia dah terpacak kat rumah aku. boleh tahan aku kelam kabut nak mandi dan bersiap. giiileee. pukul 9 nak pergi TAR. awal! tp katannya, nanti lambat2 panas puleeek.

dapat je parking, terus menonong ke sebuah butik kat area TAR tu. memandangkan niat dihati MZ nak belanja belikan satu family dia baju raya, tak ada dah nk simpang-simpang pergi mana. fokus baju melayu 7 pasang ( termasuk sehelai kiriman Ayah Long MZ ), dan baju kurung 3 pasang. selongkar mana-mana yang patut, dapat 5 helai sahaja yang ada saiz. lagi sehelai yellek! terpaksa lah menapak dekat kedai lain.

masa tu dah pukul 11 pagi. uih, crowded jangan cakap! macam nk masuk stadium kata MZ. panas jangan cakap! tekak dah haus. macam kat padang pasir pulak. kat Sogo lagilah ramai orang. macam semut!

dalam sibuk cari ballance lagi sepasang baju melayu, last-last xdapat..tulah..pilih lagi kaler yg susah nak dapat. taukeh kedai tu pulak ckp tak ada stock buat masa sekarang. so, terpaksa lah dtg lagi di lain hari dan waktu. kalau nak beli kat gerai-gerai kat TAR tu boleh sgt. tapi beza harganya dengan yang kat butik, homaigot..tersangatlah jauh. harga kat jauh butik lebih murah! kualiti kain pun bagus. eh, membazir..membazir..! baik bagi duit tu kat aku je.mata duitan aku nih!

memandangkan aku ni kedek (kedekut walaupun 1 sen pun x pakai duit aku ) so aku mintak dia dtg lagi lain kali je. maybe sehari sebelum balik kampung. masa tu, harga dah turun. orang semua sibuk nak balik raya.hahaha. jahat aku nih!

so, bagi mengubati ke'frust'an dan kebengangan, semalam kami keluar lagi. pergi dekat Amcorp Mall je utk beli 2 helai baju kurung untk adik-adik kembarnya, dan sehelai jubah untuk Bondanya. lagi sehelai baju melayu yang nan ado tu, pergi cari next week je.

InsyaAllah..next week aku gaji.hahahaha..!so, bolehlah aku belikan baju raya untuk minah senget ( adik ) aku kat kampung tu ha..

oh, raya tahun ni Puan Bonda cakap tak ade tema. so, boleh bantai saja pakai apa-apa pun. kain rentang pun ok. dan aku jugak tak ada baju raya tahun ni. kesian aku kan..?phewww....... ( mintak kasihannn )

ok, tenx. babai!

13 : Rindu Itu Sepi.


WiDi,
Aku ni buat lawak bagak pulak. title post yang seakan mintak penampar hangus, kan.
kalau tak cukup, bagi penangan tapak selipar saiz 4 pulak sedas. biar aku sedar drpd tidur-tidur ayam ni.
tapi kan WD, pernah tak kau rindukan seseorang yang kau sendiri tak tahu siapa.
eh, silap. kau kan cuma 'sebuah blog'. mana ada perasaan kan..?

WiDi,
Bagi aku, bila kita rasa rindu, maknanya kita ni sedang keseorangan. betul ke. aku rasa dah betul lah tu.
aku bagi dua keadaan:

1- Rindu. tp perasaan RINDU tu DAPAT diluahkan kepada orang yang DIRINDU.
2- Rindu . tp perasaan RINDU tu TAK DAPAT diluahkan kepada orang yang DIRINDU.

mana satu yang baik..? kalau aku....aku tak nak "AKU PILIH DERITA MERINDUIMU" hahaha..aku gebang je WD. Haaazaaabbbbbbbbb...

fikir-fikirkanlah..pilihlah mana satu yang berkenan di hati. Tepuk dada orang sebelah kanan, pipi sebelah kiri juga yang mendapat..!

tak tahulah apa motif aku create entry RINDU-RINDUAN JADI KENANG-KENANGAN ni. eh, tu lirik lagu tu kan WD..? eii..gatal pulak tekak aku ni. RINDU bagai. ceh!

cau!

12 : Hoh, kad raya...????

dear, Widi..

semalam otw balik daripada Temerloh, aku call adik aku..eh sebelum 2, aku ada sepasang adik. yang lelaki tu, Adeq E. my second last lil' bro. si bongsu, Adeq Ain. girl..

aku call tu pun saja je nak tanya-tanya khabar.aku kan jarang call depa. ( huh, tak mengenang budi betul aku ni ) lainlah Kak Ngah aku tu. dalam sehari adalah dekat sepuluh kali call dorang. sampaikan adik gegirl aku naik trauma. hingga satu tahap, dia bagi limit 3x call aje dalam sehari. lebih-lebih bo layan. ha, sampai macam tu sekali.

ok, back to the story.

Aku : Hello-hello..!!
Adeq E: Hello..hah!ni berape kali nk call ni..??hadoi..
Aku : eh, ni Kak De la. bukan Angah. ( lupa..aku pakai hp Kak Ngah buat call )
Adeq E : Oh, Kak De.ha..nasib baik..ingatkan Kak Ngah..limit call dia abis dah ni.hahahaha!!

tibe-tibe ada suara memekak kat belakang..

Adeq Ain : Abang, sape tu..??
Adeq E : Kak De..
Adeq Ain : Nak! Nak cakap dengan Kak De...!!

HP bertukar servis.eh..!

Aku : Hello...Aaaa...
Adeq Ain : Hello!hello Kak de..! ( dgn suara yang maha memecahkan tahi telinga aku )
Aku : woi..woi..woi..slow sikit.. naik pekak telinga Kak De ni..
Adeq Ain : Kak De kat mane..?buka pose ngan mende..?
Aku : buka dgn air soya je.ada kat Temerloh dengan Angah ni..pergi amik Abang Wa ( hubby Kak Ngah ) dia ada kursus kat sini.
Adeq Ain : Oh, ye ke..kami buke pose dgn lauk..amende ntah. tak ingat dah.Kak De, Kak De!Nak Tau x! cepatlah teka! ( dengan sekali nafas )

Ish..main teka-teka pulak dah budak kecik ni...

Aku : ala, malas lah..cakap je lah..mak mana..?
Adeq Ain : mak gi amik air sembanyang. nak g tarawih.
Aku : oh ye ke..Adik nk bagitahu amende ni..?
Adeq : tak pe lah kalau Kak De x mboh teka.sebenarnya kan...kan...kan...
Aku : cepatlah! debik kang.
Adeq Ain : ok-ok..sebenarnya Kak De dapat Kad Raye!hihihii.. ( dia pulak yg terlebih excited )
Aku : hah...?KAD RAYA?? siapa pulak bagi Kak de kad raya..?
Adeq Ain : Tak tahu lah..kalau adeq buka, karang kena marah..
Aku : hahaha.. tak pe lah..adeq simpan dalam drawer almari Kak De. nanti Kak De balik kampung, Kak de bace lah tu.( zmn sekarang ada lagi ke orang bg kad raya..?uih, besoooo nilai sentimental tuh! gigih )

sampai ke sudah aku duk terpikir..siapalah yang bagi aku kad raya tu.. kawan-kawan aku ni  ramai. tp dalam ramai-ramai tu entah siapa yang sanggup nk susah-susahkan diri pergi pos kad raya untuk aku yang hina ni.

agaknya macam manalah rupa Kad Raya zaman sekarang ni. ada GPS sekali tak?agak-agak kalau aku bluetooth lagu Sepasang Kurung Biru boleh tak. hisy, bengap aku  nih.
yela.... zaman dah  berubah..dunia dah maju.

last aku dapat kad raya, masa aku umur 17 tahun kot. dah 7 tahun dah tuuuu..dah lamaaaaa....
kau WiDi??hmm..lagi lah x pernah.








kepada yang dh kirim kad raya untuk aku tu, terima kasih banyak-banyak sebab ingatkan aku ni. 27 Ogos ni aku balik nak beraya.ha, nanti aku baca kad raya tu.
lagi satu, ni kad raya utk kau dan semua orang jugak..JEMPUT DATANG KE RUMAH ye..!!!
eh, raya lambat lagi lah.ok, simpan dulu.

-------------------------------------------------------------------------

update : hahaha..kad raya tu datang nya daripada pengirim yang membahasakan dirinya "HEART FELT"
aku rasa aku dh tau dah..mesti geng aku yang sorang ni. NOR HELWANA KASSIM.  every year dia mmg suka bg kad raya. tak pun HAFSAH ISMAIL ni. tulisan lebih kurang sama je..TQ!TQ!




11 : Yes, things change..


Just bcoz somebody flirts with u, doesn’t mean they like u.
Just bcoz somebody likes u, doesn’t mean they want to go out with u.
Just bcoz somebody want to go out with you, doesn’t mean they love u.
Just bcoz somebody loves u, doesn’t mean they wont hurt u.
Becoz people lie, things change. Boyfriends cheat, bestfriends ditch.
And there are always going to be those people who would kill to see u fall.

10 : But sometimes..


Sometimes i just feel everything and nothing at all at once.
Sometimes I’ll find myself smiling while missing something at the same time.
At times I can absolutely love a person, all the while wanting to hate them.
Life comes without guarantees. Except dat smiling will brighten my face, laughing will enhance my eyes and falling in love will change my life….

9 : Huhap huhap! laparzzzz...

* tak boleh tahannnn


Hari ni aku ‘cuti’. Tak boleh nak puasa.
So, aku lapar. Gile lapar. Tak puasa mcm puasa. Langsung tak makan apa-apa.
Tapi kalau puasa, tak adalah rasa lapar macam ni. Gile babeng punya lapar.

Tadi masuk dalam officeroom Encik Bos. Sibuk mengadap e.P dan e.Bidd.
Tiba-tiba perut berjoget lambak. Cantik manis tersusun irama dan lagu.
Oh, Encik Bos… gelak-gelak pulak dia. So, aku tumpang sekaki gelakkan diri sendiri.
Bos suruh aku pergi makan dekat pantry. Eh2 bos, ai segan okeh. Hahaha..!

Hana : Last day pergi taklimat e.Bidd dekat Blok D3, Putrajaya . Nasiblah orang commerce.com tu cakap kuat-kuat. Kalau tak, mesti  bergegor satu bilik meeting tu dengan bunyi irama kuda kepang yang dihasilkan oleh perut tak sekolah aku ni. (saja je hiperbola kan keadaan) 

Hey , tummy..behave yourself. perut nak pakai lama beb..!

8 : Hape pun tak bleh!

* huargghhh..ngamuk hati dalam hati!

Well hell yess!!
Tiba-tiba Facebook dekat tempat kerja aku xtak boleh nak access. Kenapakah..?
Oh, kompeni ni dh block laman web social ni! Itu first impression aku.

Yela, gadis-gadis dan jejaka-jejaka lain boleh je berkomen romen kt FB.  Kenapa tiba-tiba kat office aku ni tak boleh. 

Oh, tak boleh jadi. Hidup tak lengkap kalau satu hari tak bukak FB. ( walaupun aku jarang update status ). Sekurang-kurangnya aku boleh tahu apa yang berlaku di luar sanaa..sanaa..saaanaaaa…

Hmmm…padan muke we all. Dah x boleh nk ngulor-ngulor dan membiawak dah. 
Semua gigih buat kerja.
Bila penat mengadap kerja, dah tak boleh nk hilangkan stress menngadap FB dh. Sadis!

Kenapa ya…? Agaknya…agaknya…..

7 : Everything happens for a reason.


I believe everything happens for a reason.
People change so dat I can learn how 2 let go.
Things so wrong, so dat I appreciate them when they’re right.
I believe lies. So I eventually learn to trust no one but myself.
And sometimes good things fall apart so better things can fall together.



6 : Baru nak....

hadoi..baru je tekan new post. kononnya nk update entry baru..tibe2 bos panggil. ala..nk setelkan e-Bidding lah ni..
ok..habis utk kali ni..jap lagi ade mase aku sambung balik menaip.
ok!ok!sy datang bos!!!!!!!!!!!!!

5 : He Said It!

Lokasi : Avenue Garden, Seremban 2 ( umah kazen )
Masa : 6.30 petang ( tunggu waktu berbuka )

Aku : eh, tgk tu! seluarnye koyak! *smbl tunjuk ke arah celahan kangkang dia.
Dia : mane ade!eh, a'ah..yela.koyak.
Aku : Pakai panties tak?
Dia : pakai.nah, tengok ni. * sambil tunjukkan spender kaler hijau lumut siap gambar Ben10.
Aku : ei, tak malu...! kenapa koyak 2?besar pulak tu.nasib baik pakai panties.
Dia : kakak yang koyakkan. dia gunting.
Aku : kakak gunting?? kakak nk buat apa sampai gunting2 seluar ni?
Dia : Dia nak buat kapal terbang.
Aku : kapal terbang??? *gelak2. otak aku x boleh proses dgn betul info yg diberikannya. gunting seluar kt bahagian celah kangkang sbb nk buat kapal terbang..??
Dia : yela..kakak nk buat kapal terbang.
Aku : sape suruh buat kakak gunting buat kapal terbang..?
Dia : abang yang suruh.
Aku : lah..!


hohoi..kt atas 2 conversation between aku nk anak sepupu aku Mier Ashreeq. mls nk ceduk gambar kt FB papa dia..he is very brilliant boy. sporting gile.sama mcm abangnye Mier Zafran. kdg2 hangin jugak kalau depa duk speakang mandarin, aku duk ternganga. hapa pun xpaham. yang aku tahu, puyauu...puyauuuu..!hahahaha!!


4 : Panas Hati Jiwa dan Raga

a'ah..!panas mmg panas.darah seakan menggelegak.otak pun!
aku bengang, setiap kali nk masuk parking kt area opis aku ni, setiap kali 2 lah aku menyumpah 'orang-bajet-kaya' nih. x menyumpah x sah.dosa mendaki, pahala mendatar!
saaakittt hati aku ( kecik-kecikkan mata )

parking kt sini dahla terhad. nak main chop2 pulak dah. nk chop pegi bayar parking sanelah.kateee duit byk.first comes first serves lah. lainlah aku, makan gaji je tiap2 bulan, tak mampu nk g parking kat parking berbayor 2. tapi boleh je aku datang awal. sempat je park kt parking free. (naik lif tekan sendiri )

hari ni satu hal.. tahu lah kete 2 mahal.kalahkan kete2 kami olls yang murah nih. tp jgnlah parking sampaikan makan 2 parking sekaligus.elok2 tempat 2 boleh parking 4 kereta, dh jadi ngam-ngam ho muat 3 kereta je. tak kesian ke kat kami olls ni.

hmm..marah2....pagi2 dh membuat aku hangin dan mcm nk bertukar ke raksasa slim bermata cekelat..!
demn!