5 silent reader [s]

18 : Aku Bahagia Dengan Cara Aku

Sebagai manusia hina perasaan kekadang rapuh.
Mahu berharap, bimbang kecundang.
Mahu menumpang, bimbang dipinggir.
Mahu disayang, bimbang dikecewakan.

Menganyam harapan setinggi gunung.
Kala jatuh terhempas, memeritkan.
Hancur..punah..luluh hati yang menerima.
Kehilangan satu-satu insan yang disayang.
Pergi meninggalkan parut-parut dalam.
Tidak pernah kering darahnya.
Namun tidak pula sembuh lukanya.

Adakah dengan menyakiti itu boleh memuaskan hati?
Bahagia… tapi atas airmata orang insan lain…?
Itukah yang dicari selama ini?
Begitukah corak kebahagiaan yang kau impi selama ini?
Melepaskan genggaman yang ada hanya secubit harapan milik sang hati..
Mungkir segala janji yang hanya mahu dikasihi sampai mati.

Nah, sekarang kau rasakan.
Disaat kau cuba meraih lagi. Berdiri lagi. Berusaha untuk kembali!
Tika itu, aku telah pun pergi.
Bahagia dengan cara aku sendiri.
Bahagia tanpa kamu disisi.
Dan aku hanya mencari yang hakiki.

Gambar : kadang-kadang kesakitan itu indah!


* aku tidak perlu mengumpul kekuatan dalam menaip entry ini. hanya menurut hati tanpa sentuhan hal peribadi diri. pengalaman seorang sahabat menjadi tampalan kali ini.

8 comments:

shedameor said...

wahh. sadis. hehe

h a n a said...

nangis sambil hentak2 kepala ke lantai..

ieda =.= said...

hukhuk...xtau nak cakap macam mana. pernah rasa macam ni dulu..

sabar..

h a n a said...

sabar ye sabariah....

Anonymous said...

tacing~ cam kene jek :'(

h a n a said...

kau ni asik nak tacing je emi. cube lah bawak2 bekalan berbuka pose ke rumah aku ni sekali..

Anonymous said...

salam hana..
jgn jadikan kelemahan awk sebagai kekurangan utk awak jadi org yang lebih bjaya ok? chill la..hekhek

h a n a said...

wslm...entry ini bukan kisah diri saya.sila baca tmpln post.btw, terima kasih ats nsht yg dberi...wiiii..