5 silent reader [s]

| 92 | BFF

 
                                   source


3 BFF.
Seorang perempuan.
Dua orang lelaki.
BFF perempuan masih keep in touch.
BFF lelaki 1 not-so-keep-in-touch.
BFF lelaki 2 lost-and-never-keep-in-touch. MIA (missing in action)
Lepas grad, semua bawak haluan sendiri. buat hal sendiri.tapi semua belum kahwin lagi.heh!

Dear BFF Perempuan,
bila kita nak hang out, tagging-tangging, flirting-flirting lagi?
Putrajaya - Petaling Jaya bukannya jauh sangat pun kannn...
kite rase terkilan tau sbb awak x dapat attend 'majlis' kite.
tapi tak pe..kite nak awak selalu hepi-hepi dengan kekasih pojaan hati yang TERBARU tu.
alamak, kite dah terbocorkan rahsia awak.
maafkan mulut kita yang tak boleh tahan daripada bercerita ni.
nanti kudis!
ewah!

Dear BFF Lelaki 1,
Sihatkah anda di Pahang sana?
Bisnes Bridal mcm mana? ok? Alhamdulillah..
Dalam setahun ni pernah x kau ingatkan aku yang jauh di mata dan jauh jugak di hati ni?
tak ada?tak pe...tak pe...
nanti kalau kau ada masalah-trouble-problem dgn skandal (s) kau lagi, jangan ngadu kat aku.
huh, mencik!
aku dengan BFF Perempuan tu selalu je cite (read:gosip sikit-sikit) pasal kau kalau kitorang berjumpa tau.
rindu sangat dekat kau tau.
rindu nak bergaduh dan berbalah pendapat tau.
lepas tu gelak sama-sama tentang kebodohan masing-masing tau.
bodoh kan? tau?

Dear BFF lelaki 2,
Walaweh. sejak dah ada gewe baru ni, senyappp je kau ek?
eh, silap.aku sepatutnya tulis mcm ni - "senyap-senyap dah ada gewe baru ye.patut pun senyap.walaweh!"
menyampah aku. adakah hidup kau telah dicontrol oleh seorang puteri ataupun permaisuri sepertimana laman soSial  kau yang hebat dipantau setiap masa oleh cinta hati?hihihihik.
oh..tak ada eh?ok-ok...
wess, kitorang dah lama sentap dengan kau tau.
kau dah calarkan hati kawan kita tu.
sampai hati kau tau.
kau jahat!aku tak kira.
dulu kau tak pernah pun forgot-forget rerakan lain.
sekarang apa sudah jadi hah, budak?
sungguh aku pening.
tutup cerita lama. life must goes on.
tapi kan...kau duk celah bumi mana sekarang ek.
FB kau tu active agi ke x?ke FB kau tu dah meninggal?
hmm...nama lagi lost contact.
nak say hi dekat FB pun aku tak berani.takut kena bom!
tapi tak apalah.asalkan kau bahagia. happy tugeder-geder.

apa-apa pun wahai BFF yang sentiasa cun dan macho itu, aku sentiasa ingatkan kamu.
kalau teringat je mesti rasa mcm nak debik sorang satu.
biar padan muka kamu.
hu hu hu hu dan hu.

nak nyanyi sikit.
test..test..

"ingat-ingat itu remember"
 jangan lupa dont forget"
"saya sayang i love u"
"hanya untukmu only u"
teeepuukk pengakap!
eh!"


| 91 | : Redha.


Alhamdulillah.
selesai satu urusan.
aku dah usaha sebaik mungkin.
sekarang aku hanya berserah.
aku tawakal.
jika baik keputusannya, aku bersyukur.
jika sebaliknya, aku redha.

| 90 | Bacaan Doa Qunut Nazilah Untuk Saudara Seislam Di Gaza


Bismillahirrahmanirrahim ~

'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau
yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Aamiin...aamiin..aamiin..aamiin Ya Rabbal Alamin.
 

| 89 | Tutt Tutt...

cara terbaik untuk mengelak menjawab soalan yang kita tak tahu nak jawab macam mana :
letak telefon secara tetiba ( pura-pura talian terputus )
tutt..tuttt..tuuttt
sungguh tak profesional.

lepas ni kalau kau buat lagi
aku bagi kau telan gusi

( bila aku call opismate dia, opismate dia ckp dia tgh goyang kaki )
eh, dasar Tutti Frutti!
dah buat salah, lagi nak bersenang hati.

| 88 | Wedding Ummi & Pasangan

sebelum : foundation applied
 selepas

 selepas

selepas

 selepas

selepas

| 87 | : E-day Naimah

sebelum

 selepas

selepas


| 86 | : Ilmu - Makin Di Gali Makin Tak Cukup Part 1

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat – Penghulu segala hari.   
Hari ni aku nak share beberapa ilmu yang aku dapat semasa menghadiri Ceramah Penggunaan Bahasa Dalam Penulisan Rasmi Dari Segi Morfologi dan Sintaksis yang diadakan pada 06 November lepas di Auditorium PNS, Tingkat 1, Menara PNS.

Walaupun kehadiran aku ke ceramah ini diiringi dengan hati yang berat ( adoi, apesal lah  dlm ramai-ramai staf dekat maktab ni, aku jugak yang kena pergi). Tapi lastly, REDHA. Banyak ilmu yang aku dapat. Sangat berharga. So, jom baca.



1.Maksud sebenar NIKMAT dan NI’MAT.

 Nikmat = Bala
 Ni’mat = Rahmat


*hah, berapa ramai yang  antara kita yang pernah pakai perkataan NI’MAT dalam penulisan?aku sendiri pun tak pernah…

2. Kursus KEPIMPINAN dan Kursus KEPEMIMPINAN

Kursus Kepimpinan            ( X )

Kursus Kepemimpinan        ( / )

3. DI KALANGAN dan DALAM KALANGAN

Di kalangan…..                  ( X )

Dalam kalangan….              ( / )



4. OLEH KERANA dan OLEH SEBAB

Oleh kerana ..                   ( X )

Oleh sebab ..                    ( / )


5. SELAIN DARIPADA ITU dan SELAIN ITU

Selain daripada itu            ( X )

Selain itu                          ( / )


6. MENGENAI dan TENTANG ( cth. ayat )

Yang berikut ialah butir-butir mengenai program tersebut         ( X )

Yang berikut ialah butir-butir tentang program tersebut            ( / )


7. MENINGKATKAN dan MEMPERTINGKATKAN

Mempertingkatkan usaha      ( X )

Meningkatkan usaha             (/  )

Mempertingkatkan bangunan ( / )


8. MEMPER…..KAN

Memperindahkan                 ( X )

Mempercantikkan                ( X )

Memperluaskan                   ( X )


Memperindah                     ( / )

Mempercantik                    ( / )

Memperluas                       ( / )


9. MENGURUS dan MENGURUSKAN

Menguruskan badan             ( / )

Mengurus majlis                  ( / )

Menguruskan program/kenduri/majlis   ( X )


10.Maksud perkataan JUSTERU adalah MESKIPUN / MALAHAN

*perkataan JUSTERU TIDAK BOLEH berada di HADAPAN / PERMULAAN ayat.



Ok lah. Cukup dulu 10 ilmu aku nak share untuk hari ini.esok-esok kalau rajin aku update lagi yang the rest.


Till then..

Da!