5 silent reader [s]

106 : Make Up Job

Hey ho.

lately ni rasa macam rinduuuu sangat nak mulakan balik kerja-kerja make up' kan orang.
before this, perasaan malas dan tak nak ambik job untuk make up'kan orang ni memang tinggi.
tapi mostly terpaksa ditolak atas faktor jarak. dan paling reasonable alasan aku adalah - tak berani nak make up'kan orang yang aku tak kenal. aku sebenarnya suka-suka ajelah mekap-mekap ni. sebab tu aku buat freelance. tapi lebih kepada untuk kepuasan sendiri. tapi tak tahulah kenapa lately ni nak 'in' balik ke dalam dunia freelance make up artist ni.

ada yang aku pergi make up'kan orang tapi lupa nak snap gambar. majoritinya macam tu lah. konsentrate untuk touch up'kan muka je. terus lupa pin point nak kumpulkan hasil mekap untuk profile diri sendiri.hapadaa.

antara make up job yang dah aku buat adalah..

pre-wedding emma
pre wedding emma
pre-wedding emma

akad nikah mariah
 
e-day naimah
bertandang Yana
resepsi yana
akad  nikah yana -99% done.tinggal nak ejas eyeliner je lagi.
akad nikah yana



gambar pun di'snap pakai kamera hp cap kaki.so, kualiti gambar haruslah tak gojes.\

Ok, till then.

Assalam.. =)

105 : Sup Tulang Kambing Bakar

Mempersembahkan..
Sup Tulang Kambing Bakar..

Daripada ini
.
.
.
.
.
tulang belakang dan daging batang pinang kambing bakar

menjadi ini!
.
.
.
.
.
sup tulang kambing bakar.



kalau nak lagi best..tambahkan sayuran campur,mee kuning, sos sambal kicap dan perahan jus limau nipis!



siapa-siapa nak order kambing bakar, bolehlah roger-roger ya.akikah ke, nikah ke, birthday ke, party berjimba ke..apa2 ke.bisa di atur.ini serius! (Nilai, KL, Putrajaya and Klang Valley only)
bakar pakai arang ok. tak mainlah dapur-dapur gas ni.
original gittewww..
* actually, bisnes kambing bakar tu Ayah Long Si Zahir punya bisnes ni.
aku iklankan je pun.


104 : Asam Pedas Ikan Selar

Minggu lepas mood nak masak asam pedas sangat berkobar-kobar.
jadinya, gigihlah aku masuk dapur menyediakan segala hulubalang bahan-bahannya.
actually aku ni tak reti nak masak sikit-sikit. so, apa aja yang ada, aku lebur semua masuk dalam kuali.
senang kerja. selepas bergotong-royong seorang dirikat dapur yang 1 bulan sekali berasap tu, maka terhasillah " asam pedas ikan selar campak-campak " aku ni. the result is....hmm..boleh tahan. tapi pedas kemain!

bahan-bahannya:

le ikan selar
dedaunan kesum, debungaan kantan, kekacangan bendi


bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, tomato (semua blend'kan)

air asam jawa

lada giling, belacan, perasa & garam



tumiskan bahan yang di'blend tadi dulu.
lepas tu masukkan bahan-bahan yang lain tu.
ikan pulak masukkan paling last.
biar bunga kantan dan rakan-rakannya masak betul-betul dulu.
then..
.
.
.
.
.
siap!

mendidih lagi tuu..
 Alhamdulillah..tak ada yang keracunan makanan.bhahaha.


103 : Telekung Ayeesha

Tengah best tengok tv, tiba-tiba terdengar suara my niece kat belakang pintu bilik mummy dia.
hup hap hup hap macam orang tengah bersilat
mengganggu konsentrasi aku betul. dahlah cerita tengah best ni.
bagi mengelakkan kejadian tak diingini, aku pergilah check keadaan beliau.
manelah tahu kot-kot dia main nyorok-nyorok dalam almari ke hape.

bukak je pintu bilik..la...aku tengok dia terkial-kial nak pakai telekung sembahyang.
lah..nak solat ye Ayeesha. patutlah.
telekung tu punyalah gedabak dengan dia.haruslah semacam khemah kalau dipakainya.
so, untuk sedapkan hati dan senangkan kerja dia, aku pakaikan je lah telekung tu kat dia.



 tapi lepas pakai telekung tu...terus dia sujud!aih! 13 rukun solat yang lain mana Ayeesha..??



 hadoi..bertuah betullah niece aku nih. baru umur 1 tahun 2 bulan tapi aktifnyeeeeee...sabooor je lah.
kalau dengar orang berzikir dengan azan je mesti nak tadah tangan. dia rasa tu doa kot.hik!

InsyaAllah..lepas ni nak dia practice Kalimah Syahadah pulak. mudah-mudahan dia boleh angkat jari telunjuk sebelah kanan bila terdengar Syahadah tu. setakat nk mintak 'high-five" dengan lempang muka aku tu dia expert'lah.

last but not least..

le budak berambut kemas

le budak berambut 'serabai'
 

ok, till then. daaa.


102 : Sakit Gigi Sebab Gigi Sakit

Ya, tajuk itu sudah tentu menyerlahkan ke'bongok'kan aku.
Sungguh menggila kesakitan gigi ni. geraham pulak tu.
tiba -tiba aku terasa yang aku ni bebudak pre-school.
tua bangka pun sakit gigi lagi. walhal, ramai je orang tua yang sakit gigi sebab gigi dah rosak.
makan sirih misalnya. kunyah gambir banyak sangat.

bercakap pasal sakit gigi ni betul-betul mengingatkan aku zaman aku jadi dentist-tak-bertauliah.
jangan risau. tiada manusia yang tercedera melainkan pesakit itu adalah aku sendiri.
peralatan untuk cabut gigi aku sangat mudah dan senang untuk didapati - playar!
sungguh berkesan. tak pakai bius, tak sakit dan tak pedihkan mata ( tiru ayat iklan syampu bayi)
yang penting, makabah aku tak tahu.
cubalah! tapi kalau apa-apa jadi - bleeding, infection ke hape-hape, jangan cari aku.
sendiri buat, sendiri tanggung.

adios!

souce