5 silent reader [s]

21 : Katakanlah...!!!!

Kehadapan jiranku…
Agak lama aku tidak melihat kelibatmu
Walau sekadar menegur sapa, berbalas senyum ketika berlaga bahu tidak pula aku tahu nama sebenarmu…

Jiranku,
Anak-anakmu begitu manis dimataku
Saat bertemu, mahu sahaja aku cubit-cubit pipinya yang gebu itu.
dan ketika dirimu tak nampak, mahu sahaja aku menampar mereka laju-laju

Wahai jiranku
Raya semakin menghampiri
Dan aku tahu..kau sebenarnya terlebih teruja berbanding anak-anakmu.
Masakan tidak, sampaikan berkotak-kotak kau main mercun didepan pintu rumahku.

Oh, jiranku..
Aku tertawa melihat keletahmu.
Ya, ketawa sambil mengetap-ngetap  gigiku.
Tidak lupa juga mengepal penumbuk yang hanya sebesar cili benggala.
Cili benggala..cili benggala juga. Andai aku hadiahkan untukmu, sudikah kau menerimanya…?
Walaupun hanya sekadar sebagai kenangan mulut kau dicili-cili oleh aku..?mungkin pijarnya  hanya semantara.

Duhai jiran,
Aku sukar melelapkan mata disaat malam berlabuh hanya kerana kamu
Ya, kerana kamu!
Tegar sungguh kau bakar mercun disaat orang lain bersiap ke kamar tidur.
Tampak lebih comel bila anak-anakmu yang masih kecil juga tergedik-gedik mencampakkan mercun bawang di sekitar rumahmu!
Ikutkan hati aku ini, mahu sahaja aku tunjal-tunjal kepalamu yang seumpama Popoye The Sailorman itu.

Jiranku,
Walaupun aku tak pernah melihat rupa meriam buluh, tapi aku rasakan terlalu teringin untuk memilikinya. Pasti!
Semuanya kerana aku mahu tembak barang se das dua ke arah pintu rumahmu.
Agar kau terus dilanda trauma apabila mendengar letupan mercun selepas ini.
Jangankan mendengar, malah melihat rupa sanak-saudara mercun pun kau akan terus berdarah hidung.
mungkin akan menjadi lebih erat semngat kejiranan kita kan..? 

Jiranku yang cantik dan kacak bergaya,
Mungkin kau rasakan selama ini aku turut terhibur dengan permainan mercun kau.
Yela, kadang-kadang aku ikut terjenguk-jenguk keluar pintu  saat kau meletupkan mercun itu semua.
Tapi sedarkah kau, aku bukannya apa..
Bukannya aku tidak menyokong kegiatan-mintak-penampar kau..
Cuma aku rasa iri hati…
Kerana tak mampu beli mercun banyak-banyak macam kau..
Kalau tidak, sudah lama kita akan bersama-sama membaling mercun kearah satu sama lain secara berduet.

Buat jiranku,
Apakah jelingan amaran aku selama ini kau sangkakan kenyitan menggoda..?
Adekah…??
Katakanlah jiranku,,katakanlah kau tak mahu lagi bermain mercun selagi mulut kau mampu berkata-kata..
Jika tidak.orang lain beraya mengutip duit raya, engkau pula beraya mengutip gigi.
Katakanlah…!!!!
Jangan biarkan jiran-jiranmu yang lain meninggal dalam koma.
Sekian.

Gambar : kamu tak mahu letupan mercunmu diakhiri dgn tragedi ini bukan...?

1 comment:

nadieyamira said...

hahaha.kelako la entry ni.