5 silent reader [s]

63 : Akulah Makhluk Itu..



Aku adalah makhluk yang jarang/ kurang update status facebook.
kalau aku update pun, mesti aku deleted balik status-status tu. aku x suka wall fb aku semak walaupun aku tahu x akan dapat award sbg facebooker yang plg pembersih.heh.haruslah tak akan.
kebarangkalian untuk aku update status fb adalah 1:5.
selain daripada jarang meng'update'kan status fb, aku juga adalah makhluk yang sangatlah lokek dan kedekut dalam meng'komen dan menge'like status rakan-rakan yang lain. ya, bakhil.

kepada rakan-rakan yang selalu bertanya kenapa aku bertindak sedemikian rupa tu, ini adalah jawapannya.ecewah!

sebab-sebab aku jarang update status FB.
- Kalau boleh, hari-hari aku nk update. tapi, aku malas tahap tenuk untuk menaip (read: tak ada idea)
- Aku takut status aku disalahertikan. nanti akan menampakkan aku poyo.ya, aku memang poyo pada hakikatnya.
- Status aku tak akan dapat mengubah fikiran sesiapa pun.
- aku bimbang aku tersumpah orang lain. manusia tak ada yang perfect. pantang ada silap sikit, mesti nak post dekat FB. berdoce.Tuhan marah.
- Tersalah amik port. kang aku cakap pasal org lain, orang lain pulok yang terasa. acaner...?

Sebab-sebab aku jarang like/ komen status org lain.
- Aku poyo.
-Aku ego, nouvo, honda cub lampu bulat, vespa, ex5, etc..etc..etc..
- Aku jenis yang straight. suke cakap direct je. so, kemungkinan untuk org terasa dgn aku 2 adalah sangat tinggi. so, diam-diam sudah.
-kalau aku komen, aku akan baca komen aku tu banyak-banyak kali before post. and mostly nya aku akan delete sebelum post lagi.takut disalahertikan. 
(mcm sama je ayatkan?kan?kn? d i s a l a h e r t i k a n)
- kalau aku nk click like, aku click status yang mana x ada / sikit bilangan like'nya. (terasa mcm cikgu tgh marking jwpn exam pulak.ok, tak ada kena mengena)
-aku fade up dgn mereka-mereka yang suka sgt suruh share / like entry yang kononya boleh membantu org lain. ketahuilah...jumlah like / share anda tak akan dapat menyelamatkan orang somalia daripada kebuluran. kalau betul-betul nak tolong, pls bank in duit dekat akaun mercy malaysia. tak pun, at least berdoa untuk keamanan mereka.(tolong baca dgn fikiran positif.baca dan fahami makna disebalik ayat ini.).kalaulah dengan menge'share sesuatu entry berfaedah utk tujuan sebaran atau kemanusia, aku ok.aku jugak akan share.adakah anda merasakan aku poyo...??baiklah, sila rujuk point no1 utk "sebab-sebab aku jarang like/ komen status org lain.

konklusinya,
Aku lebih suka duduk sambil membaca status org lain daripada beri komen. bimbang aku termulut jahat atau tersalah komen walaupun niat aku baik ketika itu.ecececehh..better aku komen dalam hati sahaja.

62 : That Day Was My Unlucky Day.

Hari khamis lepas aku balik kampung. this time x tahu lah kenapa nak sgt balik kampung naik bas. lebih-lebih lagi dengan adanya si Ayeesha. so, this is the first time Ayeesha balik kampung by bus. dan aku rasa akan jadi last time jugak bagi dia buat masa sekarang.

so, nak dijadikan cerita.. ptg khamis 2 My Sis, her daughter (Ayeesha) and i (eh, apesal aku cakap mat salleh ni?gedik!). pergilah ke Putrajaya. sbb nak naik bas kt sana, kereta bolehlah tinggalkan pada Mr. Z. kalau naik bas dekat Hentian Putra, rasanya mcm membazir pulak bayar parking kt sana.
bajet....bajet...
duit tengah tak berapa nak meriah ni...

before naik bas hari 2, baru aku perasan beg aku tak ada. aku dah terbayang-bayang laptop dan barang-barang aku dah lesap! mengucap panjang aku. ini bukan gurauan! ini kenyataan. aku kecewa. aku packing semua kain baju dan laptop dalam 1 beg je. bajet x adalah susah payah nanti nak mengusung naik bas.
sudahnya pencurik awal-awal dah tolong usungkan beg tu bawak lari.
hampagas!

aku frustrated! depressed, stressed semua ada.satu-satunya seluar jeans yg muat aku pakai pun dah kena kebas.jeans lain semua dah xmuat dah. maklumlah badan dh membeso.
tp nasib baik lah beg susu Ayeesha tu ada. kalau x, mahunya dia melalak je sepanjang perjalanan balik kg. tp kan..kesian betul dekat dia.kesejukan gamaknya. baju-baju dia pun ada dlm beg yg dh kena kebas 2.
so, baliklah kami tiga beranak dalam keadaan sehelai sepinggang dan kesejukan.

besoknya dah sampai Terengganu, Ayeesha diserang demam selesema. pergi klinik, doktor cakap dia otw dapat lelah. doc advised Ayeesa x boleh buat trip jalan jauh lagi.Kesian 2 memanglah. sampai lembik anak sedara aku tu. suara pun dah tak ada sebab demam. seksi macam suara safura pulok aku dgr.hihi.
dia bad mood je sepanjang perjalanan balik ke Terengganu.
tp Alhamdulillah, sepanjang penerbangan balik ke KL isnin lepas, Ayeesha xbanyak ragam.tidurrr je lah kerjanya. dah sampai dekat Subang Skypark pun dia still lelap.bagus!kalau x, CikDe sekeh kepala hang!

4 hari balik kampung ni memanglah aku stress. sbb bila nk keluar je, mesti duk terfikir aku nak pakai baju apa ni.kain baju aku dekat kampung 2 pun byk aku dh sedekahkan dekat adik aku. dah x muat punya pasal. last-last aku rotate, recycle and reused je track suit yang ada 2. baju pulak aku kebas yg adik lelaki aku punya.heh. sharing is caring.

aku kan..benci betul dgn 2 perangai manusia ni. yang MENIPU dgn MENCURI. aku memang tak ada kompromi. so, memang setanlah sape yang rembat beg aku tu.silalah pakai semua kain baju yang ada dekat dalam 2.termasuklah baju-baju baby 2.FYI, mostly baju- baju dalam beg 2 tak pernah dipakai lagi. still dalam plastik.laptop 2 pulak, hmmm...kecewanya aku!

------

setan!setan!setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!
semoga kau bertaubatlah wahai pencuri.dan.....semoga boncit perut kau. banyak cacing!
vavi betul!