5 silent reader [s]

19 : Tak Sabar Menunggu Hari Itu

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam..

WiDi,

Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. hari yang paling aku nanti. esokkan cuti.
maaf. pagi ni tak ada entry berbentuk jiwa jiwang bersawang bak bunga lawang.
petang-petang nanti bila datang mood sendu, tak tau lah.

Tengah hari nanti bolehlah mencuci mata melihat bakal-laki-belum-tentu-jadi berduyun-duyun pergi sembahyang Jumaat. Nasib baik masjid dekat saja dengan kawasan pejabat aku. senanglah nak buat bidikan dari mata jatuh ke hati nanti. eh, gatal kau ni. sorry, aku setia.

tak dinafikan, aku cepat jatuh sejuk hati melihat lelaki yang memakai baju melayu yang lengkap. tiada sampin pun tak mengapa. asalkan masih lagi dalam sepasang baju melayu.hensem bagi aku.comel macam butang baju melayu.

esok hari Sabtu. mungkin menemani Si Kakak ke hospital. temu janji dengan doktor untuk check-up bakal baby dan kesihatannya.( baik aku ni.) sudah menginjak usia 7 bulan kandungan Si Kakak. lagi dua bulan, jadi Mak Saudara lah aku. Oh, sudah scan si botak di dalam perut tu. perempuan kata doktor. 100% pasti. 3D scan juga telah dibuat. Teruja?ya, pasti. apatah lagi ianya cucu sulung dalam keluarga aku. bila dah ramai nanti, keadaan akan kembali menjadi seperti biasa. hahahaha! itu pun sudah pasti jugaaa.  haruslah!

Lusa pula Ahad. masih dalam mood teruja. Sang Chenta mahu aku menemaninya ke KLCC untuk membeli seluar untuk adiknya. ( eh, aku pergi teman je pun. tu pun nak excited..?) adakah aku jakun tak pernah jejak kaki ke KLCC? adakah aku sudah trauma kena marah dengan Pak Cik Guard KLCC tu sbb letak kaki atas bangku dulu? adakah aku terkenang peristiwa ponteng kerja dan pergi tengok wayang dgn sahabatku, Lulu disana sewaktu ketika dahulu? atau adakah aku sudah serik untuk melangkah dan menghabiskan kudrat yang ada semata utk window shopping mcm dulu-dulu? jawapannya...aku tidak sabar menghabiskan waktu dengan Sang Chenta setelah 2 minggu tak jumpa. eh, 2 minggu ke seminggu?baru kejap eh?ok-ok..anggaplah dah lama tak jumpa.

tulat? oh tulat dah hari Isnin. aku tak suka tuh. aku tak suka. sampai nk taip entry pun tiba-tiba rasa malas.ok, nk stop lah. sambung di hari lain.

akhirnya..aku menjadi tidak sabar untuk menunggu hari Jumaat akan datang!

dey, selamat berpuasa. aku rindu pada kau wahai Si Mata Sepet Berlesung Pipit!

*aku juga tidak sabar menunggu gaji masuk!

No comments: