5 silent reader [s]

37 :Selamat Hari Lahir, Puan Bonda


Pagi 3 Okt 2011/Isnin/6.30 am


Ring...ring...!!!


Adeq Kecik : Hello..!haaa...dah tau dah..dah tau dah..!Kak De call Mak ni sbb nak wish Hepi Birthday kat Mak kan..?


Aku : eh, ni sape penyibuk yang angkat call ni..?bagi kat Mak!sibuk je.


Adeq Kecik :ellleh..!Kak De lambat lah.Adeq dh jadi orang pertama yang ucap kat Mak! *dengan nada bangga.


Aku : So?gelepor lah?cepatlah..nak cakap dengan Mak ni.


Adeq Kecik : yela!kejap!


5 saat kemudian...


Puan Bonda : Hello, Assalamualaikum..


Aku : Waalaikumussalam..Mak!hehehehe...


Puan Bonda : ye, ade mende call Mak pagi-pagi buta ni..??


Aku: hehe..Mak, selamat hari lahir yang ke-52..


Puan Bonda: hahaha...yela.terima kasih banyak-banyak..


Aku : adeq doakan semoga Mak diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan rezeki, bahagia selalu dan tingkatkan prestasi, kurangkan ke'leter'anliti...haha!


Puan Bonda : Aaaaminn..terima kasih.ha, pandailah tambah-tambah kat belakang tu.


Aku : Ala, releks a..hihi.Buat mende tu?awal pulak budak kecik tu bangun.siap angkat phone Mak.


Puan Bonda : tengah buat breakfirst ni. jap lagi kan adik-adik nak g skoloh. Adeq Ain 2 biasalah..x gosok gigi, x mandi terus cari Mak. Nk ucap epi birthday punye psl.takut sgt org dulu drpd dia.


Aku : heh!mengade je dia.ok, lah Mak. nak iron baju ni.jap lagi nak gi keje doh ni.


Puan Bonda : Baru nak iron baju??hmm, ok lah.Mak pun nak siap-siap nak gi kerja jugok ni..jaga diri baik-baik.Assalamualaikum..


Aku : bereh Mak! Waalaikumussalam.kim slm Asslm kat Abah, Deq Ain ngan Deq E ye..babai..


Puan Bonda : ok, bye!


-------------------------------------



3 Okt : Birthday Puan Bonda yang ke-52

Selamat Hari Lahir, Puan Bonda!

"Semoga Mak diberi kesihatan yang baik hendakNya. Kak De syg Mak!Muah!Muah!"




36 : Kamu Orang Baik-baik Bukan..?

Muka cantik.
Senyum manis.
Berpelajaran tinggi.
Berkerjaya hebat.
aku mengaguminya suatu ketika.
tapi tidak lagi untuk kali ini dan selepas ini.
siapa sangka, si manis cantik jelita itu tidak jauh bezanya dengan si mulut puaka..?
sama. tidak kurang bezanya.

rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.
atau lebih kena pepatah ini dengannya - mengetuk dulang paku serpih.mengata orang dia yang lebih.

Kau cantik. akan jadi lebih cantik jika tidak menjadi talam dua muka.
selama ini berlagak menjadi orang yang paling sucilah kononnya.
tapi sekarang, ludah kelangit batang hidung sendiri yang kena..!

*aku..?aku ni dalam kategori mulut puaka jugak, itu fakta. semua orang tahu. puaka-puaka aku pun, terang lagi bersuluh.tapi kau..?puaka-bajet-baik-.bahaya!

banyak pulak pepatah aku hari ni...aku tak kesah.kau kesah jah..???


35 : This Feelin' is Killing Me Inside...

Caption : Angin..sampaikan salam aku kepadanya...katakan aku rindu. *muntah.

34 : Janji Tak Buat Lagi...

Syukur dia sudi memaafkan aku atas kekasaran bahasa aku semalam.
tak tahulah bila perangai panas baran dan cepat melenting aku ni akan hilang. kalau tak hilang semua pun, hilang sikit-sikit pun kira jadilah.

oh, satu hari rasa serba salah sebab meninggikan suara kepadanya..
SAYA JANJI TAK BUAT LAGI....*agaknya lah!

33 : Try Untuk Chill..!!

Tengoklah! sesedih mana pun aku, sebengang mana pun aku, sesakit mana pun hati aku, aku try untuk chill..!
kadang-kadang boleh. kadang-kadang tak.. banyak yang TAK sebenarnya. tapi at least, CUBA.

aku pakar dalam menasihati orang lain. tapi gagal motivasikan diri aku sendiri. kelemahan terbesar- P.E.R.A.S.A.A.N.

Aku jenis manusia yang terlalu berfikir. tiada yang positifnya. memudaratkan kepala otak sendiri, lagi ada.

Fikiran mula beserabut, hati rasa tak tenang, mula nak marah-marah. last-last jadi............................LAPAR!

bila marah, lapar. bila lapar, marah.

ok, chill. kita makan dulu...

cau!




32 : Sadly, He Left Me...

Malam tadi terasa rajin pulak nak bersihkan homie ikan guppy yang aku bela. Sadly, seekor lagi mati. Jantan pulak tu. hmm..sedih betul. Skg tinggallah sepasang je ikan guppy aku. yang jantan I called Zorro. Betina pulak Suri. Ingat nak letak nama Killafairy. Tapi tak seswei gitteww. Oh, I forgot. Bukan sepasang. Tapi 3 ekor. Yang lagi satu, their baby.seekor je. No name.

Actually ikan aku ada 6 ekor. Tapi sampai aje KL, terus K.O 3 ekor. Letih duduk dalam kereta lama-lama kot.
( ikan-ikan tu came from Terengganu. My Rihaz gave them to me. Orang lain dpt duit raya, aku dapat ikan raya!)

Ikut hati, nak beli dan bela goldfish. Tapi kena tunggu baby ikan guppy tu besar dululah kot. Takut jugak kena ngap dengan bapak-bapak ikan tu semua. Haru aku. eh, kalau ikut hati…beruang kutub pun aku nak bela!

Kenapa aku bela ikan? Sebab dia bessstt!haha.sieel. bila stress, tengok ikan! Hati jadi cool balik. Bela ikan guppy ni senang. Tak payah pakai menda alah utk nyahklorin dan oxygen pump tu. Senang! Bela dalam besen pun jadi. Cepat pulak tu beranak pinak.

Nama saintifik ikan guppy ni Poecilia Reticulata. RetiCalculateTak?hahaha…Yang aku bela ni pulak jenis Spanish Dancer. Tak ada gambar. Nanti aku google dan tampal kat sini.

Selain daripada bela guppy ni, teringin jugak nak bela Sugar Glider. Tapi aku ni jenis penggeli. Binatang tu gila lah cute. Tapi aku geli lah nak pegang. Kalau beli dan hadiahkan utk adik aku yang bongsu tu, sampai ke telinga dia senyum agaknya. Apa tak,  dia tu pets lover. Kucing kurap pun dirasakan hensem dimatanya. Pernah bela turtles ( Puan Bonda hadiahkan ), hamster  ( Puan Kakak hadiahkan ) ikan kelisa ( Tuan Abang hadiahkan ) dan kucing..kucing..kucing…!

*ada story best pasal kucing-kucing adik aku ni. Next entry lah cerita. Kalau aku taip entry pendek pun belum tentu ada orang baca. Lagilah tak ada orang nak baca kalau entry panjang-panjang..

Caption 1


Caption 2

Caption 1 dan 2 : ha..macam ni lah ghupanya ikan guppy aku jahh..


Caption : Sugar Glider. come to mama..!

haa....nak bela binatang ni boleh...?

....

....

....

....

....

....

....

....

Zebra : tinggi lagi!tggi lg! ramai 'jodoh' tgh jogging kat depan uh!
Girrafe : erkkk!ni anak kude belang ke anak tapir ni..........!



31 : Hey, Zahir!

dude, i love u once..i love you twice and i love you forever!

May Allah Bless us!

hey..thanks for everything Hunn..!

but i have to say this.... i have to get out from this page because time is running out and i got to chio..!
masa untuk pulang dari kantor ya dong..

( kantoi update blog kat opis )

bye!

=)

30 : Say It Righttttt...!

sayaM

OUCH..CAN U SEE THAT WORD..?

s.a.y.a.M

or why not u try to see this..

OrbitChenta ________

still blind..?

hahahahahaha...!!!

loooooooserrrrrrrrrrrrr!!!

just go home and playing with ur toys lah..

main pondok-pondok nak..?

shuh..!shuh...!

buat mcm tu kau berani

so kalau kau berani sangat, come and face to face dengan aku lah!

sembang nak gempak.

puiii...siallah!

Caption : sayaM...sayaM...ssh sgt ke nak jadik diri sendiri..?



29 : Eh, Siamang.

 Aku salah tengok ke, memang jadi macam ni ataupun memang ada binawe yang tak tahu malu nak enter account FB aku?

Setahu aku, kalau kita nak tukar password FB, akan ada email yang akan dihantar ke akaun email kita kan..??

Dan setahu aku, for the past previous 6 months tak ada pulak aku tukar password FB baru..?

2 minggu lepas masa aku check email, tiba-tiba aku terbaca satu email yang mengatakan aku try nak tukar password FB. WTH? bila masa pulak..? oh, maybe ada sedikit ralat kot. aku pun ignore aja lah.

then this week ada lagi cubaan nak retrieve password FB aku. bukan sekali. bukan 2 kali. tapi berkali-kali. siap nak try tukar password email yahoo aku lagi tuh! how dare betul..?

korang pernah kena macam ni..?

aku print screen lah sekeping buat tatapan rakan kat FB. kenapa akaun aku ada orang nak ceroboh..? lagi elok lah pergi try ceroboh FB orang-orang penting negara ke apa ke. ni orang kebanyakan macam aku ni. apa pekdah?

Caption : sebahagian daripada komen yang diterima. yg lain byk perkataan perlu ditapis.

aku bukan nak backup BF sendiri. walaupun dia tak tahu password FB aku, dia takkan buat kerja macam ni. dia tak pernah ganggu privacy aku. tapi aku tanya jugak kat dia, tapi dia cakap elok-elok kat aku, memang tak lah kan. kalau ikut tarikh dan masa tu, aku pasti!terlebih pasti yang dia tak kan buat semua ni. sebab aku tahu dia ada kat mana dan dengan siapa masa tu. ok, tolak dia. ni mesti kerja orang lain nih!


Pagi ni, aku ingat tak ada lah berlaku lagi. tapi meleset! adeeee jugaakkk..! 3x cubaan.

aku just nak tanya macam ni je kat "somebody" yang susah payah nak enter account FB aku tu..
"Kenapa sibuk sangat nak ceroboh FB aku..?kan lebih manis kalau kau send je friend request kat aku ni. InsyaAllah, kalau mood aku baik, aku approved..KE KAU PENGECUT?"


Caption : email yang aku check semalam


Caption : email yang aku check pagi ini.
kalau hackers, dah tentu tak payah request for a new password kan?senang-senang je boleh hacked. ni aku rasa kerja orang yang tak berapa nak pandai-tapi-nak-jadi-hacker ni.

please lah eh. aku rasa diri aku ni dah cukup annoying dah, kau jangan nk tambah perasaan annoying kau kat aku pulak ye.

28 : Lebih Sial Daripada Biasa!

Hahahaha! ( belum apa-apa aku dh gelak)

Congratulations! U have found my new blog! Tepuk!tepuk! buat ombak…!

Apa aku nak describe psl kau ye? Bangang or super bangang?
Kau stalked FB profile aku, kau menyibuk dekat blog-blog aku, lepas tu kau meroyan tak memasal.
Act like semua orang gila syok macam kau! Gila babeng kau ni kan..?

Eh, aku ingat orang cerdik pandai macam kau ni tak ada lah sebengap aku ni yang belajar pun tak tinggi mana ni. Tp kau lagi bengap daripada owner petknode tu tahu tak..? tahap tenuk kebulur aku rasakan.

Aku ingat aku ni verangan dan verasan je lah kan. kot-kot ada makhluk Allah yang tak berapa nk seksi stalked page aku. Rupa-rupanya memang ada lah!ha, kau lah tu!super duper loooooser!
Sendiri kantoikan diri sendiri nampak..? sial. Otak letak dekat tank motor!
Psycho kau ni, makhluk!!

Aku ada jaga tepi kain kau ke yang kau nk emo terlebih ni? Kau cakap!

Aku ada FB, ko send msg je lah kalau ada rasa tak puas hati. Anyone can send me a msg kot! Kalau kau tahu no phone aku, texting me lah cilaka! Ataupun kalau kau berani sgt, just pick up the phone and ring me lah babeyyyhhh!

Since kau pun dah jumpa blog baru aku ni, so x perlu lah aku bersusah payah nk deal dengan kau kan..?
Kau baca lah entry ni puas-puas. Aku type all of this just 4 you hokeiii. I mean,just  this entry.

Aku baru je nak taubat tak nak menyumpah-nyumpah bagai ni. Tapi disebabkan mulut longkang macam kau lah aku ikut melongkang jugak tau!

Orang mcm kau ni tak boleh buat baik lah aku rasa. Kau ni better aku buat bungkus cempedak diluar pagar lagi bagus ah!

Yes! Aku ni bukannya betul sangat pun. So..?are trying to say kau ni al-amin lah ..? macam tu…?
Orang lain pun buat dosa jugak. aku pun buat dosa. tapi kau? Buat dosa jugak. Tapi bangga. Gila kau ni.

Aku tak kisah lah wei kalau kau canang dekat peeps pasal apa-apa yang betul tentang aku. walaupun words kau tu menyakitkan hati limpa aku. tapi kalau hati dan limpa aku ni sakit disebabkan mulut puaka tak ada insurans macam kau, haruslah aku kisah! Aku kisahlah wei sebab apa yang kau cakap tu semuanya fake!

Kau tahu beza FACT dengan FAKE tak?
Kau jangan cakap TAHU sebab ejaan lain-lain ye..
Aku tampar kau kang!



27 : Asyik Korang Je Tempek Gambo Raya. Aku Pun Nak Jugak!

Kelassss kau jahhh...
sana sini orang duk upload gambar raya. baju baru, langsir baru, kasut baru, rumah baru, bini baru.eh!

tahun ni memang meriahlah beraya dekat kampung halaman. sepupu sepapat, mak saudara, ayah saudara, semua balik. turn beraya sebelah sini lah katakan. pagi-pagi raya lepas solat sunat hari raya je penuh sanak saudara kat rumah aku.huru hara jadinya!

tp sayang..tak sempat nak bergambar. ah, frust disitu! kawan-kawan yang datang beraya dekat umah aku pulak sibuk ambil gambar mereka sendiri. kurang asam. dengan tuan rumah ni tak nak pulak bergambar. derhaka kat aku lah tu! tapi aku tetap nak ucapkan terima kasihlah sebab sudi jugak datang beraya rumah aku ni. ( padahal tiap-tiap tahun pun mereka akan datang beraya ).

oh heaven! mami buat nasi dagang di pagi raya. ditemani dengan satey dan gundik-gundiknya, si kuah kacang dan nasi himpit. juga bakal madu, kuah lontong. lemang dan rendang ayam haruslah ada. oh, tapai pulut!itu tak akan dilupa.eh, macam lirik lagu pulak. kacak!

memandangkan gambar tak banyak, aku tampal je yang mana ada. ada yang aku snap pakai handphone cap mentibang laut aku ni dan ada jugak gambar yang aku kidnap daripada facebook Bana Rihaz.

kita mulakan dengan gambar hasil rompak daripada FB si apek Bana Rihaz tu dulu ya WiDi..!

enjoyce!

Photos taken by : Bana Rihaz
Taken at : Rumahku Syurgaku KukukupunyaCinta.

Caption : Mamat Bro dan Muslimah-Separa-Jadi


Caption : Khairul @ Amit. membesar dalam masa yang singkat!Jyeah!


Caption : model tiang rumah aku. Aww..mtk sign banggg..!


Caption : tetap tak sama tinggi!


Caption : dah siap bakar sate, masuk dalam rumah pulak, santap! 'ayu' kawan2 aku ni.


Caption : tahun ni baju raya tak sedondon sbb tak mencapai kata muafakat.demn!


Caption : hmm..nampak sgt. agaknya muka aku mcm anak badak. sbb tu kena crop. =(

Photos Taken by : Adeq E ( my lil' bro )
Taken At : Laman Rumahku Syurgaku dan Rumah Kukukupunya Pak Su

Caption : senyum lebor sangat. nampak anak tekak.so, censored sikit!

Caption : hahahaha!gelak tak tahu apa. see!how sepet i am?

Caption : My youngest cousin. gegirl ok.looks like chinese. but when she grow up, tada!sejibik japanese.like the other  kakak and abangnya jgk.


Caption : still her in my arms. baik budak ni. tak banyak songeh.diam je.


Caption : Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Verasan cun!kau mampu?
*Ha..mana lagi gambar rakan-rakan yang datang beraya kat rumah aku hari tu...? datang beraya asyik ambil gambar je.aku yang duk kehulu hilir buatkan air untuk mereka ni, langsung tak ingat!apa lah nasib..ambik gambar aku sekali pun tak!cissss..!mentang-mentang rupa aku dah macam bibik kannnn...


 

26 : Kau Marah Ke Kau Sentap???

Hey kawan! entry ni untuk kamu.
bacalah!
kamu marah? kamu terasa? entah-entah sudah keluar asap hitam daripada lubang hidung dan telinga kamu kan?

releks..jangan marah-marah. nanti kamu lekas tua. mungkin 'kejadian-mintak-kaki" itu berlaku secara tidak sengaja, kan? siapalah tahu. aku pun. aku lagi lah tak tahu menahu.

Hey, kawan! kamu dengar sini. bercinta biar satu. berkawan biar beribu-ribu-ribu-ribu. kamu faham tak situasi ini, kawan?

Kawan! aku tahu kamu sedang marah. tapi siapalah kita ni wahai kawan. sekadar melukut ditepi gantang, kan? bagai enggang dengan pipit juga. mana layak nak bergandingan dengan orang semacam itu.

tak mengapalah kawan.. mungkin hari ini hari dia. mana tahu esok,lusa, tulat, tubing hari kita pula. eh, silap. hari kamu pula. 

sabar ye kawan. aku ada disini. jatuh bangun aku tetap disisi kamu. jika aku pula yang lupa diri selepas ini, aku beri keizinan untuk kamu melempang aku selaju yang kamu mahu. sedarkan aku.

aku tak mampu menjadi kawan terbaik untuk kamu. tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. ya, kawan.aku naik lif tekan sendiri rupanya! sungguh perasan aku ni wahai kawan.

hahahaha..aku cau dulu kawan!

sayonara!

Gambar : nah, untuk kamu kawan! jangan marah-marah lagi ya...cover lubang hidung..cover lubang hidung..

25 : Aku Ingin..

Aku ingin bahagia seperti orang lain. Menyayangi. Disayangi. Ah, siapa yang tidak mahu?

Aku ingin difahami isi hati. Sepertimana aku juga ingin memahami dirinya. Tapi kadang-kadang tidak termampu.

Aku ingin sedar daripada selalu teringatkan sesuatu. Sesuatu yang melemahkkan urat saraf jiwaku. Kalaulah semua itu dulu tidak pernah berlaku..

Aku ingin dikuatkan semangatku. Semuanya untuk aku kuat bagi menyelusuri perjalanan hidup di bumi Allah Taala yang menderu ujianNya ini.

Aku ingin dihargai sepenuhnya. Agar aku juga sedia menghargai orang lain seikhlas  mungkin.

Aku ingin dia yang selamanya bertapak diruang hati aku. biar aku yang menjaga selama nafasku.selama mana yang dia mahu menyayangi aku.

Aku ingin setiasa diredhaiNya. Agar aku tak melencong  berpaling daripada nikmat hidup yang diberi selama tersisa umurku.

AKU IINGIN ENGKAU SELALU. HADIR  DAN TEMANI AKU. –Ungu-


24 : Kemaafan yang dipaksa.


entry ini ringkas. khas untuk yang mengerti.
sedia?

" apalah maknanya sebuah kemaafan yang kau pinta dari aku sekiranya aku pula yang kau paksa untuk meminta maaf. "

"jangan kau bercakap mengenai egoku yang melangit jika dirimu sendiri tidak berperasaan untuk sesekali menunduk ke bumi !"