5 silent reader [s]

| 85 | : BR1M 2.0


Kepada mereka-mereka yang layak untuk memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
mulai hari ini anda dah boleh memohon.
kalau nak mohon melalui website, sila mohon di SINI.


Sharing is caring!
ewah.
TQ =)

| 84 | : TQ Daun Keladi..



aku memang mcm ni
suka begitu begini
sekali sekala buat kau tak  kering gusi
kekadang bikin kau sakit hati

aku memang macam ni
selalu fikir sesuatu yang belum pasti
panik tak kira mana pergi
darah kau pun asyik naik meninggi

dan aku masih macam ni
bukan dua bukan sekali
malah dikira berkali-kali
buat hal sesuka hati
last-last makan diri

aku juga akan tetap macam ni
buat-buat tak reti
walau macam mintak kaki
melekap elok dipipi kiri

aku perlu begini
nak kau tahu bahawa kau aku nanti
cewah macam dalam mimpi
sesekali macam nk gugur gigi
asyik berangan disiang hari

tapi aku pasti
kau ada disisi
sebagai motivasi
nak majukan diri
terima kasih daun keladi
alahai bodohnya ayat aku ni

| 83 | : Aku Beritahu Mereka



Aku beritahu mereka.
Berhentilah daripada mengganggu dia.
Emosinya sudah cukup terluka

Aku beritahu mereka
Pergilah mencari bahagia
Asalkan tidak sakiti hati dia

Aku beritahu mereka
Bukan senang raih percaya
Lepas kau buat hidup dia huru-hara

Aku beritahu mereka
Jangan sampai aku jumpa
Kalau tidak confirm kau calar dimuka

| 82 | : Senyum Ajalah..

apa boleh buat.
dah terbeli baju dekat online shop.
bila dah buat payment, barulah ternampak baju yang laaaagi cantik.
harganya pun laaaagi murah.

menyesal.

ikut hati nak beli je baju yang laaagi cantik dan yang laaagi murah tu.
tapi balance duit dlm account bank pulak tak mengizinkan.
baru dapat gaji
tapi..
duit gaji habis macam tu je.
gigit jari.

aku selalu macam ni.

apa lagi?
senyum
tak perlu kata apa-apa
cuba lagi di lain masa.
inilah episod padan muka saya

| 81 | : Entry Tak Ada Pekdah

 

Terpaksa menahan diri daripada membuka portal hiburan buat masa sekarang.
bimbang terbaca atau tertengok berita pasal Big Bang baru je setel buat konsert dekat Stadium Merdeka
last saturday. 
kalau tak, nanti aku jeles.
sebab tak berkemampuan nak attend.
tiket mahal woo.
walaupun aku ni peminat diaorang tapi tak adalah nk die-hard-fan cenggitu.
ewah.

cukuplah kalau sekadar aku mendownload lagu-lagu mereka serta K-Drama secara harem.
free.jimat belanja kawin ku.
hihi.

ok
aku peminat k-pop

tapi tak semua aku minat.
so far aku minat 3 je.

* laptop skrg ni pun tgh jahanam sbb kerap sangat layan cerita korea.
kalau benda tak ada pekdah memang org suka buat kot.mcm aku.

| 80 | C e l a k a


 apa makna kau bina bahagia atas airmata orang lain?
kau sakiti hati disana
tapi kau tak sedar
ada jiwa disini yang terluka.

mungkin juga kau lupa
bukan seorang
bukan dua.
bukan juga tiga.
tapi ramai perasaan yang terseksa.
yang derita.
 
kau buat dia menangis
luluh hatinya
lebih lagi aku yang melihat 
memang terasa perihnya

dia sahaja yang aku ada

mohon karma-

kau celaka
aku dah tak peduli kau siapa
biar Tuhan membalasnya!
 

| 79 | Kalah


 

aku kalah dengan perasaan sendiri.


aku

nak

balik
...
..
.

esok raye.

| 78 | Tentang Rasa


percayalah.
jika kita pernah merasa kecewa,kita akan belajar untuk 'upgrade' kan diri sendiri.
kadang-kadang merasai betapa tercalarnya perasaan itu harus.
kalau tidak kita tidak akan belajar apa itu makna menghargai.

| 77 | Trying To

i'm just trying to remembering something.
oh, my scumbag brain.

| 76 | Ingin Tahu Kataku.


nampak gambar anak ayam di atas.... ?
aku pernah TERbunuhnya secara tidak sengaja dengan cara merendam beliau ke dalam bekas yang berisi air.
(tapi anak ayam itu tak berapa-nak-comel macam gambar kat atas.)
mahu bereksperimen. itu niatku - aku berumur 5 tahun ketika itu.

aku cuma ingin tahu adakah anak ayam berkeupayaan untuk berenang didalam air.
hasilnya - beliau mati kelemasan gara-gara eksperimen bodoh aku
kepastian itu penting.

ini semua gara-gara rancangan Cili Padi.
Disebabkan terlalu syok tengok cerita tu, aku terlupa bahawa ada sekor anok tupai atas julai mokte
anak ayam yang sedang kelemasan.

maafkan aku anak ayam.

dan kamu!
ya, kamu yang sedang membaca entry ini.
janganlah membenci aku.
sesungguhnya aku hanyalah manusia yang bodoh lagi hina, jahil dan kejam ketika itu.
sekarang pun.

aku kejam!!!

* housemate aku cakap aku pernah gilis anak kucing dgn tayar kereta masa stay dkt rumah sewa dulu.tapi aku tak percaya. Percayalah.

| 75 | Terima kasih



 Terima kasih
 Kerana datang
 Walaupun ketika itu masih lagi hujan.
 ILYSM.

| 74 | memBESAR


Pagi tadi before pergi office aku makan nesvita 1 mug.
pukul 10 pagi telan lagi one sacket.
tengahari aku bedal nasi putih dengan tom yam.
balik kerja nanti ni aku x tahu lah pulun makan apa pulak.
lepas tu malammmmm sikit confirm makan lagi..
macam manalah badan x besar??

| 73 | M o n d a y


esok adalah hari Isnin.
dan mood aku adalah....















i hate monday. =(


| 72 | Menduga Perasaan


Relaks.
Laptop sakit.

Jangan sakit teruk sangat.
Poket aku dah kritikal ni
Kalau tak, aku sendiri yang akan parah nanti.

Please.

Aku janji.
Lepas ni aku akan selalu vacum badan kau.

Kau sayang aku kan?
Eh.

| 71 | : Alim Kucing Berbulu Hayam

Tak payahlah kau nak menunjuk alim didepan orang lain.
kalau setiap kali perbuatan kau itu menyakitkan hati orang sekeliling.
setiap perbualan tak pernah tak disertakan hukum hakam.

kuman seberang laut sana memang jelas dimata kau yang rabun tu.
gajah? gajah dekat depan mata tu. kau nak sorok dekat mana?
pura-pura tak nampak atau kau memang si rabun yang dah jadi buta?

kau sang alim kucing.
hutang piutang bila nak bayar..?
jangan pandai bercakap sahaja.
hah, hukum tak bayar hutang orang kau tau apa..?

silalah berhenti berlagak alim dan berlagak 'lord-lah sangat-'
jelaskanlah hutang orang dulu.
barulah kau boleh show off harta duniawi itu.

| 70 | : Aku Suka Dia

Aku tak kira.
aku nk cakap jugak.
lantaklah orang nak cakap apa.
sebenarnya....sebenarnya..
aku suka dia!
                 

caption : Jay Park