5 silent reader [s]

25 : Aku Ingin..

Aku ingin bahagia seperti orang lain. Menyayangi. Disayangi. Ah, siapa yang tidak mahu?

Aku ingin difahami isi hati. Sepertimana aku juga ingin memahami dirinya. Tapi kadang-kadang tidak termampu.

Aku ingin sedar daripada selalu teringatkan sesuatu. Sesuatu yang melemahkkan urat saraf jiwaku. Kalaulah semua itu dulu tidak pernah berlaku..

Aku ingin dikuatkan semangatku. Semuanya untuk aku kuat bagi menyelusuri perjalanan hidup di bumi Allah Taala yang menderu ujianNya ini.

Aku ingin dihargai sepenuhnya. Agar aku juga sedia menghargai orang lain seikhlas  mungkin.

Aku ingin dia yang selamanya bertapak diruang hati aku. biar aku yang menjaga selama nafasku.selama mana yang dia mahu menyayangi aku.

Aku ingin setiasa diredhaiNya. Agar aku tak melencong  berpaling daripada nikmat hidup yang diberi selama tersisa umurku.

AKU IINGIN ENGKAU SELALU. HADIR  DAN TEMANI AKU. –Ungu-


No comments: