5 silent reader [s]

26 : Kau Marah Ke Kau Sentap???

Hey kawan! entry ni untuk kamu.
bacalah!
kamu marah? kamu terasa? entah-entah sudah keluar asap hitam daripada lubang hidung dan telinga kamu kan?

releks..jangan marah-marah. nanti kamu lekas tua. mungkin 'kejadian-mintak-kaki" itu berlaku secara tidak sengaja, kan? siapalah tahu. aku pun. aku lagi lah tak tahu menahu.

Hey, kawan! kamu dengar sini. bercinta biar satu. berkawan biar beribu-ribu-ribu-ribu. kamu faham tak situasi ini, kawan?

Kawan! aku tahu kamu sedang marah. tapi siapalah kita ni wahai kawan. sekadar melukut ditepi gantang, kan? bagai enggang dengan pipit juga. mana layak nak bergandingan dengan orang semacam itu.

tak mengapalah kawan.. mungkin hari ini hari dia. mana tahu esok,lusa, tulat, tubing hari kita pula. eh, silap. hari kamu pula. 

sabar ye kawan. aku ada disini. jatuh bangun aku tetap disisi kamu. jika aku pula yang lupa diri selepas ini, aku beri keizinan untuk kamu melempang aku selaju yang kamu mahu. sedarkan aku.

aku tak mampu menjadi kawan terbaik untuk kamu. tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. ya, kawan.aku naik lif tekan sendiri rupanya! sungguh perasan aku ni wahai kawan.

hahahaha..aku cau dulu kawan!

sayonara!

Gambar : nah, untuk kamu kawan! jangan marah-marah lagi ya...cover lubang hidung..cover lubang hidung..

2 comments:

Anonymous said...

sabar ye tuan blog

h a n a said...

kesabaran kawan saya yang dicabar sbnrnya...