5 silent reader [s]

| 86 | : Ilmu - Makin Di Gali Makin Tak Cukup Part 1

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat – Penghulu segala hari.   
Hari ni aku nak share beberapa ilmu yang aku dapat semasa menghadiri Ceramah Penggunaan Bahasa Dalam Penulisan Rasmi Dari Segi Morfologi dan Sintaksis yang diadakan pada 06 November lepas di Auditorium PNS, Tingkat 1, Menara PNS.

Walaupun kehadiran aku ke ceramah ini diiringi dengan hati yang berat ( adoi, apesal lah  dlm ramai-ramai staf dekat maktab ni, aku jugak yang kena pergi). Tapi lastly, REDHA. Banyak ilmu yang aku dapat. Sangat berharga. So, jom baca.



1.Maksud sebenar NIKMAT dan NI’MAT.

 Nikmat = Bala
 Ni’mat = Rahmat


*hah, berapa ramai yang  antara kita yang pernah pakai perkataan NI’MAT dalam penulisan?aku sendiri pun tak pernah…

2. Kursus KEPIMPINAN dan Kursus KEPEMIMPINAN

Kursus Kepimpinan            ( X )

Kursus Kepemimpinan        ( / )

3. DI KALANGAN dan DALAM KALANGAN

Di kalangan…..                  ( X )

Dalam kalangan….              ( / )



4. OLEH KERANA dan OLEH SEBAB

Oleh kerana ..                   ( X )

Oleh sebab ..                    ( / )


5. SELAIN DARIPADA ITU dan SELAIN ITU

Selain daripada itu            ( X )

Selain itu                          ( / )


6. MENGENAI dan TENTANG ( cth. ayat )

Yang berikut ialah butir-butir mengenai program tersebut         ( X )

Yang berikut ialah butir-butir tentang program tersebut            ( / )


7. MENINGKATKAN dan MEMPERTINGKATKAN

Mempertingkatkan usaha      ( X )

Meningkatkan usaha             (/  )

Mempertingkatkan bangunan ( / )


8. MEMPER…..KAN

Memperindahkan                 ( X )

Mempercantikkan                ( X )

Memperluaskan                   ( X )


Memperindah                     ( / )

Mempercantik                    ( / )

Memperluas                       ( / )


9. MENGURUS dan MENGURUSKAN

Menguruskan badan             ( / )

Mengurus majlis                  ( / )

Menguruskan program/kenduri/majlis   ( X )


10.Maksud perkataan JUSTERU adalah MESKIPUN / MALAHAN

*perkataan JUSTERU TIDAK BOLEH berada di HADAPAN / PERMULAAN ayat.



Ok lah. Cukup dulu 10 ilmu aku nak share untuk hari ini.esok-esok kalau rajin aku update lagi yang the rest.


Till then..

Da!



2 comments:

caliph shuriken said...

smakin baca rasa smkin keliru, erkk...

h a n a said...

bertabahlah utk memahaminya... =)