5 silent reader [s]

17 : Tips melupakan seseorang mengikut cara aku.

Aku buat. Walaupun tak 100% berkesan, tapi berbaloi lah. At least, dah boleh lupakan slow-slow.
Khas untuk mereka-mereka yang nak sangat lupakan segala jenis manusia yang mereka jaki. Bukan setakat untuk bekas kekasih, bekas suami/ isteri, jiran, anak mak bedah jangak, officemates atau siapa-siapa sahaja, ok.

Jom, check this out!

DELETE/ REMOVE/ BLOCK/ BUANG
1 . delete inbox msg dan sent items msg dalam handphone. Termasuk kiriman orang lain jugak. Semua. Aku cakap, SEMUA.

2. delete phone number dan segala nombor yang memungkinkan kau contact dia balik. No ayah dia, no mak dia, no. jiran-jiran tetangga. Lebih bagus kalau kau sebenarnya tak hafal no dia.  Fuhhh.. nasib aku tak hafal nombor-nombor orang. (melainkan yang penting. Especially, no parents aku )

3. pergi selongkar balik semua barang-barang pemberian dia. Kumpulkan dekat satu tempat. INGAT! Jangan dibuang. TAPI! Bakarrrr…. ( kalau buang, nanti kau rasa syg ye tak. Nanti gatal nak pergi kutip balik )
4. remove dan block profile dia di laman soSIAL.  ( dekat FB aku dah block. Tp dekat FS n MS dah lama tak sign in. So, dah lupa password. Yang tu kira ‘halal’. Sbb diri sendiri pun x boleh bukak page sendiri.)

PULANGKAN
1. Yang mana barang-barang yang x boleh dilupuskan tu, tak pe. Simpan dulu. Nanti kalau-kalau ada peluang bertentang mata  (diikuti dgn lagu ‘Dari Kerana Mata” ), kau bagi lah. Kalau dia tak nak terima, letak dekat tempat yang kau sendiri takkan jumpa.

*bukan tak bersyukur dengan pemberian ikhlas seseorang. Tapi buat apa nak disimpan barang-barang yang meruntun hati sendiri. Kau focus tu. Aku taip perkataan MERUNTUN. Kau mampu..?

BRAINWASH
1. pergi ambil Clorox setengah gelas. Perah asam limau sikit. Then minum. Kasi bersih hati dan otak tu sikit.EH, JANGAN!AKU TIPU!

2. jangan dikenang semua memori-memori daun pisang tu. Kenangan-kenangan yang indah tu, kau exchanged. Kenang yang pahit-pahit je. Contohnya :
            - ingat bila dia tipu kau
- ingat bila dia curang kau.
- ingat bila dia songlap duit kau.
- Ingat bila dia nak jugak beli baju yang sama mcm kau nak beli tempoh hari.
- ingat bila dia curi anak itik sekati kau. Pastu jual dekat mat bangla ketiak masham tu (kurus pahala)
- ingat bila dia selalu mengongkong kau.
- ingat bila dia selalu mungkir janji walaupun kau pun 2x5.

* contoh yang lain-lain tu, kau pikir sendirilah.

3. kalau tak ada kenangan pahit, kau reka je. Kau imagine sendiri.ala, kononnya dia tumbuk kau ke, dia maki kau depan orang ramai ke, dia tunjuk f*** dekat dahi kau ke. Kau reka je lah. Buat ayat yang kaw-kaw. Nanti bila dah jadi sakit hati, terus TAK HINGIN nk ingat-ingat lagi.

STALKED

1. Panas-panas ( Ifa Raziah). Ayat tu memang panas. Kau pernah stalked dia..?mesti pernah kan….? Jgn lah dibuat lagi. Tak payah. Untuk apa nk stalked dia? Ada faedah ke..? kalau dengan menjadi stalker orang aku boleh kaya, hari-hari aku nak stalk orang. Termasuk Aaron Ajis.

APPROVED / IGNORE

1. Jangan approved anonymous yang kau sendiri tak tahu. Eh, nama lagi anonymous. Kalau dekat FB, kau tgk lah dulu mutual friends dia. Ade x kau kenal. Kalau ada, approved. Tapi kalau aku, x kiralah berapa ratus mutual friends pun aku dan dia ada, aku tak kan approved. Melainkan aku memang kenal si penghantar friend request tu. Sebab..?sebab aku  tak nak orang stalked aku.haha.bajet aku nih. Mampuslah. Janji x kacau orang. yang lain-lain, aku biarkan pending. mungkin mereka salah added aku kot. positiflah kononnye kannn..

SUJUD PADANYA

1. bukan sujud kat dia. Tapi Dia. Walau apa pun yang terjadi atas diri kita, Tuhan dah tetapkan. Ada sebab kenapa kita diuji. Bagi aku, kalau tak merasa sebuah kesakitan, mana mungkin aku belajar daripada sebuah pengalaman untuk sebuah kehidupan. (Eh, aku ke yang buat ayat ni. Giiillee.) mintaklah doa daripada Dia. Semoga dipermudahkan kehidupan kita. Dan yang penting, R.E.D.H.A. setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. bak kata Kak Ngah aku, KUN FAYAKUN. kalau Tuhan nak sesuatu perkara tu jadi, jadilah jugak.

Ok, dahlah tu. Tgn aku dah menggigil nak menaip. Daripada tadi asik nak termuntah. Geli melihat penulisan sendiri agaknya.

Jumpa lagi di lain entry ( walaupun aku tak tahu ada ke tak yang baca ni )

Cau!


Gambar : mungkin kita juga pernah melukakan hati orang, sebab tu orang lain pun sampai hati lukakan hati kita balik. KARMA

11 comments:

nurdani said...

itulah cara yang wajar dilakukan.saya pernah buat dulu.its working! haha

h a n a said...

gud2..!semoga beroleh kebahagian yang hakiki hendaknya nurdani..

Kotak Mancis said...

wah.... panjang berjela tip dia.... berkesan ke nie... huhuhuuu

h a n a said...

hahaha..cubelah!bolehlah lupekan sikit2..tak salah kalau mencuba.

Chomi Elmo said...

lagi satu tertinggal..law susah sgt nk lupakan dia cari pisau dan cari seorang kawan baik (BFF) suruh dia cucuk pelan-pelan law sakit badan dah tak ingat sangat sakit hati yg BERKECIMPUNG semak dalam sanubari ni..(perh ayat poyo gile mamat Chomi ni)...bhahahah..papepon penulisan yg baik..~ngee~

h a n a said...

hahaha..belahlah dadaku..akan kau lihat lampu lip lap lip lap berwarna kelabu.khas utk hari rayamu..!hahaaha!tenx Chomi atas cdgn yg super bernas tu.

shedameor said...

haha. da la tengah sedih. entry ni menaikkan jiwaku kembali. kui3

h a n a said...

berdiri tegak. tgn disisi.nyanyikan lagu boboiboy utk menaikkan semangatmu..!

Max's bubble said...

Yang stalk tu betooool !
sebenarnye , itu la yg plg susa nak buat - tidak gatal tangan menekan profail DIA T,T

h a n a said...

jgn stalked dia lagi. kalau tnampak sesuatu yg myakitkan hati kita, kan soooosaaahh..makan hati berulam penumbuk pulak..

Anonymous said...

ok aku setuju 200%.
cakap pada diri die xbaik tok kite kalo baik tuhan da jodohkan
orang baik akan jumpe orang baik !
kunfayakun