5 silent reader [s]

| 100 | : Kecewa


source

Ini adalah entri ke 100 aku. di blog baru. juga di tahun baru.
hari ni aku terima berita yang begitu mengecewakan.
aku begitu mengharapkan perkhabaran yang aku terima ini adalah sesuatu yang bermakna bagi aku.
sudahnya kekecewaan juga yang menjengah.
betul-betul membuatkan hati kecil aku menangis. aku terluka sebenarnya.
silap aku juga. terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti.
bila terjatuh, sakit. sakit sungguh.

tapi, aku redha. bukan rezeki aku.
hari ini aku kecewa dengan hidup ini.
tapi tanpa aku sedar, Allah SWT itu lebih banyak kecewa dengan aku.
hidup menumpang dibumiNya.
tapi jarang sekali mengucap syukur kepadaNya.
mari muhasabah diri
setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.