5 silent reader [s]

63 : Akulah Makhluk Itu..



Aku adalah makhluk yang jarang/ kurang update status facebook.
kalau aku update pun, mesti aku deleted balik status-status tu. aku x suka wall fb aku semak walaupun aku tahu x akan dapat award sbg facebooker yang plg pembersih.heh.haruslah tak akan.
kebarangkalian untuk aku update status fb adalah 1:5.
selain daripada jarang meng'update'kan status fb, aku juga adalah makhluk yang sangatlah lokek dan kedekut dalam meng'komen dan menge'like status rakan-rakan yang lain. ya, bakhil.

kepada rakan-rakan yang selalu bertanya kenapa aku bertindak sedemikian rupa tu, ini adalah jawapannya.ecewah!

sebab-sebab aku jarang update status FB.
- Kalau boleh, hari-hari aku nk update. tapi, aku malas tahap tenuk untuk menaip (read: tak ada idea)
- Aku takut status aku disalahertikan. nanti akan menampakkan aku poyo.ya, aku memang poyo pada hakikatnya.
- Status aku tak akan dapat mengubah fikiran sesiapa pun.
- aku bimbang aku tersumpah orang lain. manusia tak ada yang perfect. pantang ada silap sikit, mesti nak post dekat FB. berdoce.Tuhan marah.
- Tersalah amik port. kang aku cakap pasal org lain, orang lain pulok yang terasa. acaner...?

Sebab-sebab aku jarang like/ komen status org lain.
- Aku poyo.
-Aku ego, nouvo, honda cub lampu bulat, vespa, ex5, etc..etc..etc..
- Aku jenis yang straight. suke cakap direct je. so, kemungkinan untuk org terasa dgn aku 2 adalah sangat tinggi. so, diam-diam sudah.
-kalau aku komen, aku akan baca komen aku tu banyak-banyak kali before post. and mostly nya aku akan delete sebelum post lagi.takut disalahertikan. 
(mcm sama je ayatkan?kan?kn? d i s a l a h e r t i k a n)
- kalau aku nk click like, aku click status yang mana x ada / sikit bilangan like'nya. (terasa mcm cikgu tgh marking jwpn exam pulak.ok, tak ada kena mengena)
-aku fade up dgn mereka-mereka yang suka sgt suruh share / like entry yang kononya boleh membantu org lain. ketahuilah...jumlah like / share anda tak akan dapat menyelamatkan orang somalia daripada kebuluran. kalau betul-betul nak tolong, pls bank in duit dekat akaun mercy malaysia. tak pun, at least berdoa untuk keamanan mereka.(tolong baca dgn fikiran positif.baca dan fahami makna disebalik ayat ini.).kalaulah dengan menge'share sesuatu entry berfaedah utk tujuan sebaran atau kemanusia, aku ok.aku jugak akan share.adakah anda merasakan aku poyo...??baiklah, sila rujuk point no1 utk "sebab-sebab aku jarang like/ komen status org lain.

konklusinya,
Aku lebih suka duduk sambil membaca status org lain daripada beri komen. bimbang aku termulut jahat atau tersalah komen walaupun niat aku baik ketika itu.ecececehh..better aku komen dalam hati sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

kau kejam hahaha.