5 silent reader [s]

38 : Sebab...Aku Ni Bukan Baiknye Sangat

Salam hari Jumaat. Penghulu segala hari.

Tak tahu macam mana nak mulakan kata. Lain yang aku fikir, lain pula yang aku taip.
Aku ringkaskan sajalah. terpulang mahu faham atau tak.

Kalau hati dah sakit, dah terasa hati sangat dengan seseorang, aku rasa down gila. lebih-lebih lagi aku disakiti tanpa aku sendiri pun tak tahu apa sebenarnya salah aku kat orang tu.

kadang-kadang nak aja aku menyumpah-nyumpah dia yang membuat onar tu! mahu saja aku tengok dia sakit kena food poisoning! gigi patah ke, kening tercantas ke. baru puas hati aku.

tapi aku ni siapa nak memandai-mandai macam tu kan..?aku bukan Tuhan. Tapi perlu ingat jugak, aku ni bukan baik sangat. sekadar manusia biasa. sama sahaja macam mereka.

Orang kata, kita kena mendoakan mereka yang telah sakit dan lukakan hati kita tu, supaya mereka terbuka hati dan menyesal dengan perbuatan mereka. Ya, orang yang baik-baik mesti boleh buat macam ni kan..?tapi bukan orang macam aku.

Sebab aku ni bukan orang yang baik-baik lah aku tak mendoakan macam tu. Aku tak boleh mendoakan yang terbaik untuk mereka yang dah sakitkan hati aku. aku cuma berdoa semoga Allah SWT membalas semula perbuatan mereka dengan cara yang sama mereka menyakiti aku. biar mereka rasakan kesakitan aku rasa!

p/s : Maaf jika aku menyinggung perasaan banyak pihak atas salah yang aku buat. Tapi SORRY, tiada maaf untuk kata-kata yang menyakitkan hati aku yang bukan salah aku pun!




1 comment:

Anonymous said...

be strong, smile dear :)

jomla join bloglist :)