5 silent reader [s]

111 : Syukur Kepada Allah SWT Dengan Hidup Sendiri

Bila tengok orang pakai baju branded, menggila otak ni mintak beli yang branded jugak.
Bila tengok orang banyak duit, bukan main cakap dgn diri sendiri " kan best, kalau dlm bank aku ada jota-jota kasorga".
Bila tengok orang pakai kereta besar "hah, ni x de lain ni..mesti tokei dadah ni"
teruk betul mentaliti.

Aku ni tak berduit sangat. sederhana. tapi syukurlah boleh dapatkan apa yang aku nak.
usaha sikit-sikit. beli barang yang kita nak dengan hasil duit sendiri. puas hati.

Syukur teramat, walau tak berkereta besar, tak mewah..at least aku boleh menumpang kereta kakak untuk pergi tempat kerja. aku?aku masih tak berkemampuan untuk beli kereta sendiri.

paling sedih dalam hidup aku, aku pernah pakai balik kasut sekolah yang orang dah buang. dah x layak panggil kasut dah pun. tapi aku kutip, aku basuh then aku pakai buat pergi sekolah. lain orang, lain pengalaman. ada yang lebih susah daripada aku.

bila dah senang sikit macam sekarang ni, pernah jugak sesekali kufur nikmat. bala..bala..tapi bila tersedar, cepat-cepat muhasabah diri.

ini cerita dulu-dulu. zaman sekolah rendah. kau ade? dulu kau mesti pergi sekolah bawak beg swan yang ada roda tu kan..? lepas tu, kalau x ada singgit, x nak pergi sekolah. ala..mesti kau mcm tu punya..kekeke...

1 comment:

Raydah potpet said...

alhmdulillah. segala yg diberikan da mencukupi.