5 silent reader [s]

| 66 | : Cakap Pam Pom Pam. Aku Dgr Pun Rasa Nak Lempang.

Assalamualaikum rakyat jelata Negara Pasir Berdengkur jiran kpd Negara Pasir Berdengung.

Hari tu Kak Melah pergi servis kereta dekat Mitsubasuh. lepas tu Kak Melah nak pergi tukar rim kereta pulak. sambil-sambil tunggu kereta siap, Kak Melah tak lupa check in dekat facebook. "Hakak Melah service kereta dekat Mitsubasuh hari ni. Gojes sungguh bangla itteww - Mitsubasuh Service Centre, Kuala Lecak." via IPhone 49inc

lepas tu Kak Melah snap-snap-snap gambar kereta Kak Melah yang mahal daripada org lain punya tu. Kak Melah nak buat apa? Kak Melah nak instagram lah sayangggg....kalau x instagram, tak cool.nanti salah disisi undang-undang orang-suka-bajet-cool. nak ke Kak Melah disalahkan..? tak nak kannnnn....

Ok, next Kak Melah pergi jalan-jalan dekat bangunan tinggi banyak kedai 2. [read : shopping complex]
oh, sebelum 2, check in duluuuuuu..kali ni Kak Melah nak check in pakai Ipad pulak.yang penting... "VIA bla..bla..bla..."

Kak Melah tak lupa bawak DSLR Kak Melah. nanti bolehlah Kak Melah sangkutkan kat leher KAK Melah ni. kalau letak dlm beg, nnti org tak nampak pulak DSLR Kak Melah yang kacak bergaya ni. penting tau ada DSLR ni...nanti nak masuk jamban boleh snap-snap-snap sambil tunjuk mulut itik . lepas tu nak upload dalam FB gambar tu dengan caption " I tawu I tak lawa macam kowang. tapi I sayang kowang."

Masa Kak Melah pergi makan-makan dekat restoran mahal itteww, Kak Melah ada check in kt FB tauu.. gambar makanan tu pun Kak Melah ada Tweet and post dekat FB. yela, bukan senang nak makan makanan itu. dekat Planet Pluto je ada.

Lepas tu kan, Kak Melah pergi jumpa boyfie Kak Melah. Kak Melah rasa dia ensem. kat seantero malaya ni dialah paling hensem. So, Kak Melah upload gambar dia banyak-banyak dalam semua social network Kak Melah. Gambar pegang-pegang. gesel-gesel. siku-siku. tampat-tampar.lempang-lempang. description album pulak Kak Melah buat " I tawu boyfie I ensem : beibi jangan nakal-nakal yew.nanti babi gigit2 kepala lutut beibi."

Ok lah, Kak Melah rasa Kak Melah dah naik semput menaip.lebih-lebih lagi selepas kena pelangkung dengan ILesung tadi. Kak Melah pun dah jauh melalut juga mengarut pun ni. jadi, Kak Melah stop rite here dulu ah.

 to be continue... -via Isetan Usetan.

1 comment:

Anonymous said...

cayalah kak melahhhhh